Saturday, July 30, 2011

AL-QUR'AN dan KITA!


KEWAJIPAN KITA TERHADAP AL-QUR’AN



(buku asal:  المدخل إلى دراسة علوم القرآن للدكتورة صفية شمس الدين)

perhatian: terjemahan ini diberikan oleh seorang rakan (pelajar) untuk manfaat serta perkongsian bersama. Oleh sebab ia bukan terjemahan profesional, mungkin terdapat kesilapan dalam terjemahannya. sebarang pembetulan amat dialu-alukan. terima kasih ^_^



Tahukah kita; apa kewajipan kita terhadap al-Qur'an?


Tahukah kita; kenapakah al-Qur'an diturunkan?



- Apakah tujuan al-Qur’an diturunkan?

- Tujuan al-Qur’an diturunkan adalah sebagai hidayah dan petunjuk kepada manusia untuk kejayaannya di dunia dan di akhirat. 

- Buktinya, al-Qur’an merupakan kitab hidayah yang sempurna yang terkandung di dalamnya segala asas-asas hidayah serta sistem-sistem perundangan hidup manusia. Setiap perkara yang diperlukan oleh manusia diterangkan secara teliti dan mendalam dengan penerangan yang terbaik. Malahan, hidayah yang diberikan adalah untuk semua tidak kira tempat ataupun masa[1]

- Namun persoalannya sekarang, bagaimanakah caranya untuk kita berinteraksi dengan al-Qur’an, agar kita dapat mengambil manfaat daripada hidayah dan petunjuk yang terkandung di dalamnya? 

Untuk itu kita mestilah mengetahui apakah kewajipan kita terhadap al-Qur’an.



- Apakah kewajipan kita terhadap al-Qur’an?

- Terdapat 4 kewajipan utama kita terhadap al-Qur’an:

a)    Membaca al-Qur’an dengan tartil (tersusun) baca: membaca alQur'an!

b)   Menghayati bacaan al-Qur’an baca: Hayati al-Qur'an!

c)    Menjadikan al-Qur’an sumber petunjuk dalam kehidupan dan amalan seharian. baca: al-Qur'an Bergerak! 

d) Mem'promosi' (atau menyampaikan) al-Qur'an (atau 'risalah' al-Qur'an dan apa-apa ajaran al-Qur'an) kepada orang lain. 
Antara cara mempromosikan al-Qur'an kepada non-Muslim, katakan kepada mereka: "Dalam 'buku' ini ada cerita berkenaan diri kamu, kalau kamu tak percaya, cuba baca translation dia.." ^_^ Try it!



Secara ringkas: 4T atau 4ت


1. TILAWAH   تلاوة
2. TADABBUR    تدبر
3. TATHBIQ     تطبيق
4. TABLIGH     تبليغ
















[1] Untuk maklumat tambahan sila rujuk buku Profesor Fadhl Hasan Abbas, Itqan al-Burhan fi Ulum al-Qur’an, juzu’1, m.s.17-37.

No comments:

Post a Comment