Thursday, July 28, 2011

Al-Qur'an itu Kalam Tuhan Yang Maha Kuasa

Al-Qur'an itu Kalam Tuhan Yang Maha Kuasa
rahmat untuk seluruhnya
maka bacalah ia
dengarkanlah ia
fahamilah ia
sama ada kamu percaya
atau kamu masih belum percaya
sama ada kamu Muslim yang sudah dikurniakan HidayahNYA
atau kamu masih bergelar non-Muslim di kalangan manusia..

Al-Qur'an itu Kalam Tuhan Yang Maha Kuasa
bilamana ada segolongan manusia cuba memusnahkannya
cuba membakarnya
cuba mengubahnya
maka
kita orang Muslim tak perlu berduka
tak perlu takut al-Qur'an akan hilang dari dunia
bukankah kita umat Islam yakin bahawa
al-Qur'an itu milik-NYA
bahawa Dia berjanji untuk menjaga kitab-NYA
akan masih adakah rasa ragu dan bimbang tentang janji-NYA?!

Al-Qur'an itu Kalam Tuhan Yang Maha Kuasa
umumkanlah kepada seluruh dunia
bahawa jika satu dunia cuba untuk memusnahkan kitab-NYA
pasti akan gagal terhina
inilah mukjizat bukti di depan mata
al-Qur'an bukan hanya untuk Muslim sahaja
dan al-Qur'an bukanlah milik mereka
Al-Qur'an itu Kalam Tuhan Yang Maha Kuasa

al-Qur'an berbicara kepada seluruh manusia
Muslim atau non-Muslimkah dia
al-Qur'an kitab suci untuk seluruh alam semesta!

Al-Qur'an itu Kalam Tuhan Yang Maha Kuasa
Lucunya manusia itu tatkala bongkak berbicara
mari kita hapuskan al-Qur'an daripada muka dunia
ya, usah gelabah dan usah gelisah dengan ancaman mereka
usah menjerit-menjerit menghalang mereka daripada memusnahkannya
usahlah marah-marah memekik takut al-Qur'an dimusnahkan mereka
usahlah berkelakuan seolah-olah al-Qur'an itu milik kita

mari kita sama-sama lihat dengan senyuman sentiasa
mari kita cabar dan terus cabar mereka
mampukah mereka?!

Al-Qur'an itu Kalam Tuhan Yang Maha Kuasa
Bijak sungguh datuk Nabi yang mulia
Ketika dengan berani berkata kepada Raja:

"Kaabah ini bukan milik manusia
Andai kamu mahu memusnahkannya
Maka aku tidak punya kuasa untuk melindunginya
biar Dia sahaja yang menjaga"..
Surah al-Fil berbicara akan sejarah yang menimpa
Orang-orang bongkak yang berlagak berkuasa
Kisah tentera bergajah itulah isinya
Tidakkkah kamu melihat apa yang sudah Tuhan lakukan terhadap mereka?!
Bukankah Tuhan menjadikan komplot mereka sia-sia?!
Burung Ababil dihantar membaling batu daripada api neraka
yang memusnahkan mereka semua..

Cukuplah itu pengajarannya
Usah takut usah berduka
dengan ancaman mereka yang berdosa
memusnahkan al-Qur'an itu satu komplot yang sia-sia
biarkan mereka dengan komplot mereka
nanti pasti mereka yang akan binasa
kegagalan mereka pasti membuktikan kepada semua
serta membuka mata semua
bahawa sememangnya
Al-Qur'an itu Kalam Tuhan Yang Maha Kuasa!


No comments:

Post a Comment