Saturday, July 16, 2011

ISTERI, KAWALLAH EMOSI DIRI

Wanita
Emosi perlu dijaga
Lidah dan juga kata-kata
Pesan Nabi
Kepada isteri
jangan dicerca
seorang suami
suami soleh yang berjasa
bila tersalah bicara
si isteri berkata
"aku tak pernah melihat darimu apa-apa jasa"
ini sifat penghuni neraka
yang menafikan suami yang berjasa
hanya kerana kesilapan suami yang kadang terjadi
  atas dasar dia seorang manusia biasa.

Rasulullah said: "Then I saw the (Hell) Fire, and I have never before, seen such a horrible sight as that, and I saw that the majority of its dwellers were women." The people asked, "O Allah's Apostle! What is the reason for that?" He replied, "Because of their ungratefulness." It was said. "Do they disbelieve in Allah (are they ungrateful to Allah)?" He replied, "They are not thankful to their husbands and are ungrateful for the favors done to them. Even if you do good to one of them all your life, when she seems some harshness from you, she will say, "I have never seen any good from you.' " (Hadis muttafaq 'alaih) (Bukhari :: Book 7 :: Volume 62 :: Hadith 125 and Muslim :: Book 4 : Hadith 1982).

Bagaimana caranya
untuk mengawal emosi wanita
menjaga lidah dan kata-kata
wahai diri
ingatlah mati
sedarlah sentiasa
kematiaan itu tidak dijangka
siapa sangka
mati itu datangnya bila
jika suami mati
apa kata-kata terakhir buat suami
jika isteri mati
apa kata-kata terakhir buat suami
sedarlah
dan cukuplah mati
mengingatkan diri.

آخر خطبة خطبها عثمان في جماعة " إن الله إنما أعطاكم الدنيا لتطلبوا بها الآخرة، ولم يعطكموها لتركنوا إليها، إن الدنيا تفنى وإن الآخرة تبقى، لا تبطرنكم الفانية، ولا تشغلنكم عن الباقية، وآثروا ما يبقى على ما يفنى، فإن الدنيا منقطعة وإن المصير إلى الله... * .1
Khutbah terakhir Sayyidina Uthman ibn Affan:
"Sesungguhnya Allah memberimu dunia untuk kamu mencari dengannya akhirat,
Dia tidak memberimu dunia agar kamu mencintai dunia, 
kerana dunia pasti akan binasa, sedangkan akhirat kekal buat selama-lamanya,
maka janganlah yang sementara ini menjadikan dirimu bongkak,
lalu melalaikan kamu daripada kehidupan yang kekal abadi,
maka dahulukanlah apa yang kekal di atas apa yang bakal pergi,
kerana sesungguhnya dunia ini pasti musnah,
dan kita pasti kembali kepada Allah..."
Maka letakkanlah akhirat itu di hati, dan dunia itu di tangan.. Gunakan dunia untuk mencapai kejayaan hakiki di negeri abadi.. ^_^

[1]ابن كثير، البداية والنهاية، ج10، ص391-392.

No comments:

Post a Comment