Friday, June 22, 2012

Teruskan Istiqamahmu



Bila dirimu berjaya dalam sesuatu
Pasti akan ada yang cemburu
Teruskan berusaha untuk lebih berjaya
tanpa menghiraukan kecemburuan mereka

Bila dirimu jujur dan benar dalam kata-kata
Pasti akan ada yang cuba menipu
Teruskan kejujuranmu dengan bijaksana
tanpa menghiraukan kelicikan mereka

Bila dirimu menghulurkan kebaikan
Pasti akan ada yang menganggap ia satu kepura-puraan
Teruslah menghulur kebaikan dan manfaat buat insan
tanpa menghiraukan sangkaan mereka

Walau dirimu sering terpana dengan sikap mereka itu
Usah hilangkan segaris senyuman yang menghias wajahmu
Senyumlah dan tenanglah selalu
Teruskanlah istiqamahmu
Pasakkan keikhlasan dan kerendahan hati pada Tuhanmu


Kerana segala amalanmu itu
bukan semata-mata demi mereka itu
namun ia adalah urusan antara dirimu dan Tuhanmu
Dan Dia Maha Melihat lagi Maha Mengetahui segala sesuatu.