Thursday, July 21, 2011

FORMULA BERSYUKUR

PERKONGSIAN HARI INI.. 

POSITIF!

Hari ini nikmat apa yang sudah kita dapat? Tanya diri sendiri. Hitunglah nikmatnya. Hitunglah, hitunglah dan hitunglah nikmatnya (berfikiran positif)... Contoh mudah:
Alhamdulillah hari ini saya masih ada ISLAM
Alhamdulillah hari ini saya masih ada IMAN
Alhamdulillah hari ini saya masih boleh melihat dan membaca
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Senarai panjang itu berterusan..

Kurangkan mengira dan membilang ujian-ujian yang menimpa (berfikiran negatif). (Aduhai..apalah nasibku.. bla..bla..bla..) 
 
FORMULA BERSYUKUR DARIPADA AL-QUR'AN

Untuk menjadi hamba arRahman yang bersyukur banyakkanlah membaca surah ar-Rahman sambil menghayati maknanya.. Perhatikan ayat yang sering diulang-ulang..
"Maka Nikmat TuhanMU yang manakah yang ingin kamu dustakan?" (ar-Rahman: 13,16,18...)

Kita semua mahu menjadi manusia yang bersyukur. Yang sentiasa berterima kasih. Bukankah manusia yang bersyukur itu sentiasa mengingati nikmat Tuhannya? Koreksi diri sendiri..

Adakah aku yakin bahawa ketetapan Ilahi itu yang terbaik buatku? Jika kita ada Iman, katakan YA AKU YAKIN!

Jadi, adakah aku sedang bersyukur ataukah aku lebih banyak mengeluh atas ketetapan Ilahi buat ku? AHA! DI SINILAH MUJAHADAH DAN PERJUANGAN KITA..

Sentiasa berjuang untuk menjadi manusia yang bersyukur..  Ya, mungkin kita mengeluh, sebagai manusia, kita cenderung untuk mengeluh..jadi mengeluh dan mengadulah hanya kepada Tuhan..lalu akan terbit rasa malu.. Ya Allah, betapa banyak nikmatMU dan betapa banyak dosaku, tapi aku ini hanya tahu mengeluh atas ketetapanMU yang aku yakin adalah yang terbaik buatku?..ampuni aku hambaMU yang lemah..

atau kalau masih tak mampu, kita mungkin boleh meminta nasihat rakan yang kita percayai, atau guru, atau...(sesiapa yang kita percayai dan yakin dapat memberi nasihat yang baik). Namun, alangkah baiknya andai keluhan itu hanya diadukan pada Allah di kala malam hari yang sunyi sepi.. Ya bukan mudah, kerana ia satu mujahadah berterusan selagi kita bernyawa.

Teruskan menghitung nikmatNYA..hitunglah..Alhamdulillah.. Banyak bukan? Nikmat Tuhan buat kita hambaNYA yang beriman. Sesiapa yang mengaku beriman maka dia pasti yakin akan keadilan dan keluasan rahmat dan kasih Tuhan. Segala yang berlaku pasti penuh hikmah, rahmah dan keampunanNYA.. Setiap kita mendapat nikmat dan ujian sesuai dengan titk kelemahan masing-masing, berdasarkan kemampuan masing-masing. Buktinya? Cukuplah firman Allah s.w.t. itu sendiri buktinya (al-Baqarah: 286) yang bermaksud: "dan Allah tidak memberikan tanggungjawab kepada sesiapa melainkan berdasarkan kemampuannya.."

Senyumlah seindah suria..~ ^_^

No comments:

Post a Comment