Surah Al Humazah terdiri atas 9 ayat, termasuk
golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Al Qiyaamah. Dinamai Al
Humazah (pengumpat) diambil dari perkataan Humazah yang terdapat
pada ayat pertama surah ini.
Isi-isi penting:
Ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mengumpat, suka mencela dan suka mengumpulkan harta. Inilah orang yang mencintai dunia dan memburu dunia sehingga melupakan hari akhirat.
Isi-isi penting:
Ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mengumpat, suka mencela dan suka mengumpulkan harta. Inilah orang yang mencintai dunia dan memburu dunia sehingga melupakan hari akhirat.
1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pengumpat, pencela,-
- Inilah ancaman buat orang
yang suka menghina orang lain. Kecelakaan buat orang yang menjadikan kata-kata
negatif menjadi ucapan harian. Apabila orang yang mahu dihina tidak
berada di hadapannya, maka dia mengumpat. Apabila orang yang dihina ada di depan
mata, dia mencaci dan mencelanya.
Kenapa begitu sekali sikapnya?
- Kerana inilah tanda
kesombongan yang nyata. Merasa diri lebih mulia dan orang lain itu hina. Benarlah,
tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada rasa sombong
walaupun sebesar zarah.
2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung
kekayaannya;
Kedekut dan tamak. Apa yang
penting hanya dirinya. Harta menjadi buruan utama. Dia mencintai kehidupan
dunia sehinggakan dia lupa bahawa dia pasti akan meninggal dunia.
3. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam
dunia ini)!
Sangkaan yang silap! DIa
menutup mata hatinya daripada melihat kebenaran. DIa menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhan. Doa dan permintaannya hanya bertumpu pada dunia.
4. Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam
“Al-Hutamah”.
5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia
“Al-Hutamah” itu?
6. (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan
perintahNya), -
7. Yang naik menjulang ke hati;
8. Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang
panjang.
- Inilah neraka Allah yang
menyala dengan kepanasan yang sangat marak yang tidak akan pernah malap.
- Bayangkan pula ianya tertutup
rapat. Kalau di dunia ini kita berada dalam sebuah bilik yang tertutup rapat
pun akan menyesakkan dada. Apatah lagi dengan api dan asap dalam sebuat tempat
tertutup. Terikat dan mustahil untuk mereka melepaskan diri.
- Itulah balasan yang setimpal
buat mereka yang sombong, lupa diri, memburu dunia, menjadikan hawa nafsu tuhan
yang dipatuhi dan sanggup menzalimi orang lain agar dirinya dapat bersukaria di
dunia.
tema surahnya mana
ReplyDeletePengajaran surah ini:-
ReplyDelete1. Jgn mengumpat dan mencela orglain kerana bnyak harta dan benci kpd dakwah islam.
2. Kesombongan kerana memilikki harta banyak yg mna ianya tidak kekal
3.Harta hendaklah diinfaqkan kpd orglain dan jgn menjadi bkhil
4. Balasan kepada mereka ini ialah disiksa dlm api neraka dlm keadaan dibakar hingga ke hati mereka dan neraka ditutup rapat dan badan mereka tersangkut dibesi yg panjang dan panas berbara