AL-QUR’AN BERGERAK!
AL-QUR'AN DALAM KEHIDUPAN DAN AMALAN SEHARIAN:
(buku asal: المدخل إلى دراسة علوم القرآن للدكتورة صفية شمس الدين)
perhatian: terjemahan ini diberikan oleh seorang rakan (pelajar) untuk manfaat serta perkongsian bersama. Oleh sebab ia bukan terjemahan profesional, mungkin terdapat kesilapan dalam terjemahannya. sebarang pembetulan amat dialu-alukan. terima kasih ^_^
Mari menjadi 'al-Qur'an Bergerak'!
 
Maknanya, kita mengamalkan al-Qur'an dalam kehidupan kita serta mencontohi Rasulullah SAW, kerana akhlak Rasulullah itu ialah al-Qur'an. ^_^
  AL-QUR'AN DALAM KEHIDUPAN DAN AMALAN SEHARIAN:
(buku asal: المدخل إلى دراسة علوم القرآن للدكتورة صفية شمس الدين)
perhatian: terjemahan ini diberikan oleh seorang rakan (pelajar) untuk manfaat serta perkongsian bersama. Oleh sebab ia bukan terjemahan profesional, mungkin terdapat kesilapan dalam terjemahannya. sebarang pembetulan amat dialu-alukan. terima kasih ^_^
Mari menjadi 'al-Qur'an Bergerak'!
Maknanya, kita mengamalkan al-Qur'an dalam kehidupan kita serta mencontohi Rasulullah SAW, kerana akhlak Rasulullah itu ialah al-Qur'an. ^_^
- Apakah tujuan sebenar kita ingin menghayati al-Qur’an dan kenapa kita diperintahkan agar menghayatinya?
  - Tujuan sebenar kita ingin  menghayati al-Qur'an dan kita disuruh agar menghayatinya adalah supaya  kita dapat mengambil manfaat daripada ayat-ayat al-Qur'an yang sekaligus  memberi kesan kepada diri kita. Ini kerana pembacaan al-Qur'an tanpa  penghayatan hanyalah sekadar perkataan-perkataan yang diulang oleh lidah  tanpa memberi apa-apa kesan kepada individu tersebut. Manakala,  pembacaan dengan penghayatan dapat menjangkau hati, lalu menggetarkan  perasaan dan memberi kesan kepada jiwa.  
  Bagaimanakah cara untuk kita mendapat faedah daripada al-Qur'an agar al-Qur'an dapat dipamerkan dalam kehidupan dan amalan seharian?
-  Caranya: Pertama, kita hendaklah terlebih dahulu mendengar bacaan ayat  al-Qur'an sama ada yang dibaca oleh kita sendiri ataupun orang lain. 
  -  Kedua, kita hendaklah cuba sedaya upaya untuk memahami maknanya  (contohnya dengan membaca buku tafsir yang muktabar atau dengan bertanya  kepada para Ulama').
  -  Ketiga, kita hendaklah beramal dengan al-Qur'an (melaksanakan  suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya) dengan penuh keikhlasan dan  kesedaran.
  - Firman Allah s.w.t.: 
  (فَبَشِّرْ  عِبَادِ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ  أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا  الأَلْبَابِ) [الزمر:17-18].
  Maksudnya:  Maka berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku, iaitu mereka yang  mendengarkan sesuatu perkataan, lalu mereka mengikuti perkataan yang  terbaik, mereka itulah yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal fikiran. 
  -  Ini bermakna, orang yang mendengar ayat al-Qur'an hendaklah memahaminya  dan beramal dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur'an[8].
  - Abu Abdur Rahman as-Salmi (wafat 72H) berkata: 
  "إذا كنا نتعلم العشر من القرآن، لم نتعلم العشر التي بعدها، حتى نتعلم حلالها وحرامها وأمرها ونهيها"
  Maksudnya:  Apabila kami mempelajari sepuluh ayat daripada al-Qur'an, kami tidak  akan mempelajari sepuluh ayat yang berikutnya, kecuali setelah kami  mempelajari dalam kesemua sepuluh ayat pertama itu tentang halal dan  haram, serta perintah dan larangannya[9].  
  -  Ini kerana, membaca al-Qur'an bukanlah sekadar untuk mencari ganjaran  dan pahala membacanya sahaja (satu huruf sepuluh pahala) sebagaimana  yang digambarkan oleh sesetangah orang, bahkan ganjarannya yang hakiki  adalah dengan mempraktikkan al-Qur'an dan berpegang teguh dengan  ajarannya, sebagaimana firman Allah s.w.t.: 
    [التوبة:105]. وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ
Maksudnya:  dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu nescaya Allah pasti  akan melihat amalanmu, dan begitu juga Rasul dan orang-orang yang  beriman (pasti mereka juga akan melihat amalanmu).
  Sabda Nabi s.a.w.: «اقرأ القرآن ما نهاك، فإذا لم ينهك فلست تقرأه»
  Maksudnya:  Bacalah al-Qur'an kerana al-Qur'an dapat mencegahmu (daripada melakukan  dosa), maka jika (kamu membacanya dan) ia tidak mencegahmu (daripada  melakukan dosa), maka kamu sebenarnya tidak membaca al-Qur'an (dengan  bacaan yang hakiki)[10].
KESIMPULAN
Bacalah al-Qur'an untuk diamalkan, bukan hanya sebagai adat kebiasaan. Semoga kita semua diberikan hidayah kekuatan serta kemampuan untuk menjadi al-Qur'an Bergerak! Ameen.^_^
  KESIMPULAN
Bacalah al-Qur'an untuk diamalkan, bukan hanya sebagai adat kebiasaan. Semoga kita semua diberikan hidayah kekuatan serta kemampuan untuk menjadi al-Qur'an Bergerak! Ameen.^_^
__________
[8] Tafsir Ibnu Katsir, juzu'4, m.s.49. 
[9] Riwayat Musonnif Abdur Razzak, Bab Ta'lim (Pengajaran) al-Qur'an dan Kelebihannya, juzu'3, m.s.380, no.6027.
[10] Riwayat at-Tobrani dalam Musnad asy-Syamiyyin, no.1345, dan Riwayat Qudho'I dalam Musnad asy-Syihab, no392 daripada Abdullah bin Amr marfu' (daripada Rasulullah). Al-Albani melemahkan hadis ini dalam bukunya Silsilah al-Ahadith ad-Dho'ifah, no.2524, dan diriwayatkan oleh Abu Ubaid dalam Fadhoil al-Qur'an,  m.s.149, no.134, katanya: "Ahmad bin Usman menceritakan, daripada Ibn  al-Mubarak, daripada Yahya, atau Isa bin Abdur Rahman,daripada Ahmad bin  Abi Labibah, dia berkata: telah menceritakan kepadaku Nafi' Abu Suhail  marfu' sepertinya. Ia juga lemah kerana irsal. Diriwayatkan juga daripada al-Hasan bin Ali marfu' seperti yang dikatakan oleh Abu Ubaid. Maka hadis ini boleh naik kepada hadis hasan li ghoirihi.

 
No comments:
Post a Comment