Sunday, July 1, 2012

Tika sunyi mencengkam diri

Tika sunyi mencengkam diri
Tika tiada sesiapa di sisi
Amalan apakah yang dipilih diri
Pohonlah perlindungan kepada Ilahi
Semoga dijauhkan daripada sebarang perbuatan keji..
Wahai manusia pendosa 
jangan tertipu dengan penyesalan yang tidak membawa sebarang perubahan
kerana penyesalan dan taubat yang benar itu membawa kepada penambahan ilmu dan amal
usah terus leka tanpa usaha
terus berusaha jangan berputus asa

selagi hidup peluang itu ada 
maka jangan hidupmu terus jadi sia-sia
ingatlah:
Dalam sebuah hadith, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
« لأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِى يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا ». قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لاَ نَكُونَ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لاَ نَعْلَمُ. قَالَ : « أَمَا إِنَّهُمْ إ
ِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ وَيَأْخُذُونَ مِنَ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا ». سنن ابن ماجه  - كتاب الزهد

“Niscaya aku akan melihat beberapa kaum dari umatku datang pada hari kiamat dengan kebaikan laksana gunung-gunung Tihamah yang putih, kemudian Allah Azza wa Jalla menjadikannya debu yang beterbangan”.
Ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah, jelaskanlah sifat mereka kepada kami, agar kami tidak menjadi bagian dari mereka sementara kami tidak tahu,” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Ketahuilah, mereka adalah saudara kalian, satu bangsa, dan bangun malam sebagaimana kalian. Tapi jika mereka menyendiri dengan larangan-larangan Allah, mereka melanggarnya”.

Seseorang mungkin menjauh dari dosa dan maksiat saat berada di hadapan dan dilihat orang lain. Tetapi jika ia menyendiri dan terlepas dari pandangan manusia, ia pun melepaskan tali kekang nafsunya, merangkul dosa dan memeluk kemungkaran.
 Berhati-hatilah wahai manusia
Mintalah perlindungan kepada Tuhanmu daripada bisikan syaitan yang menggodamu
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
وقل رب أعوذ بك من همزات الشياطين وأعوذ بك رب أن يحضرون (المؤمنون: 97-98)
اللهم آمين

Tafsir ringkas Surah al-Ikhlas


Surah al-Ikhlas

Surah ini mempunyai 4 ayat. Dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan Allah s.w.t.
Surah ini menyamai satu pertiga al-Qur’an. (Isu/konsep Aqidah Tauhid).
Isi penting surah:
Penegasan tentang kemurnian keesaan Allah s.w.t. dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahwa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

Sebab turun ayat: Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah saw. dengan berkata: "Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu." Ayat ini turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai tuntutan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh at-Tabrani dan Ibnu Jarir at-Tabari yang bersumber dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahwa surah ini Makkiyah. Sebahagian Ulama’ seperti Imam As-Suyuti berkata bahawa surah ini Madaniyyah sesuai dengan hadith Ibnu Abbas).


[قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ]
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

- Allah Yang Maha Esa. Tiada Tuhan melainkan Dia. Dialah Allah yang menciptakan segala-galanya. Dialah Allah yang mengatur dan menguruskan segala-galanya. Dialah Yang Maha Esa, Yang Maha Satu, Yang Maha Tunggal, hanya Dia Pemilik dan Raja ke atas segala-galanya.
 لا إله إلا الله !
- Apabila mendapat nikmat, ketahuilah segala nikmat itu adalah daripada-Nya.. Bersyukurkah kita?
- Apabila diuji, sedarlah segala ujian itu adalah ujian daripada-Nya. Ketahuilah, Dia tidak menguji kecuali dengan apa yang disanggupi hamba-Nya.. Bersabarkah kita?
- Ayat ini menyedarkan kita bahawa kita ini hamba-Nya dan Dia adalah Allah Tuhan yang Maha Esa, kita menyerahkan segala hanya kepada-Nya. Segala harapan, segala urusan, kita hanya bergantung kepada-Nya yang Maha Esa.


[اللَّهُ الصَّمَد]
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

- Segala sesuatu bergantung kepada-Nya kerana Dialah yang menciptakan segala sesuatu. Dialah al-Khaliq (الخالِق), dan selain daripada-Nya adalah makhluk (المخلوق).  
-Maka sebagai makhluk dan ciptaan-Nya kepada siapakah lagi yang layak untuk kita bergantung dan berharap? Hanya Dia Allah Tuhan yang Maha Pencipta! Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa-apa pun cita-cita kita, adakah kita meletakkan sepenuh harapan kita kepada-Nya? Adakah kita percaya kepada-Nya? Adakah kita reda dengan takdir dan ketetapan-Nya? Ikhlaskah kita melakukan segala-galanya demi Dia?

- Tanda Allah SWT meredhai kita adalah dengan kita meredhai segala ketetapan-Nya.. yang baik mahupun yang buruk kerana semuanya adalah ujian dalam kehidupan di dunia yang sementara. رضيت بالله ربا (Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan)
 وبالإسلام دينا(dan dengan Islam sebagai agama/jalan kehidupan)
 وبمحمد نبيا ورسولا(dan dengan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul/Utusan)


[لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ]
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan

- Ayat ini menafikan adanya Tuhan selepas Tuhan dan menafikan adanya Tuhan sebelum Tuhan, kerana Allah itu Tuhan yang Maha Esa, yang Maha Satu, yang Maha Tunggal.
- Tiada ibu bapa kepada Tuhan yang melahirkan-Nya, tiada pula anak Tuhan yang akan mewarisi, kerana Tuhan itu Maha Hidup dan tidak akan mati. Dialah Allah Yang Maha Awal dan yang Maha Akhir.
- Ayat ini membersihkan dan menyucikan sebarang keraguan dan bisikan-bisikan syaitan yang cuba meragukan manusia dengan wujudnya kemungkinan Tuhan itu beranak pinak seperti manusia dan haiwan, atau kemungkinan Tuhan itu ada ibu bapa dan keluarga.
- Ayat ini menegaskan bahawa beranak pinak dan berkeluarga itu hanyalah ciri-ciri makhluk dan Tuhan al-Khaliq (yang Maha Pencipta) tidak sama dengan makhluk-Nya.


[ ِوَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ]
4. dan tidak ada sesiapapun yang sekufu/setara dengan-Nya.

- Tiada apapun yang sebanding dan setara dengan-Nya, kerana Allah ialah Tuhan yang Maha Esa. Dia langsung tidak sama seperti makhluk ciptaan-Nya. Tiada Tuhan selain Dia.
- Tiada yang lebih Pengasih atau memiliki kasih yang sama seperti kasih-Nya.
- Tiada yang lebih berkuasa atau memiliki kuasa yang sama seperti kuasa-Nya.
- Tiada yang lebih mengetahui atau memiliki pengetahuan yang sama seperti pengetahuan-Nya.
- Tiada yang lebih Adil atau memiliki keadilan yang sama seperti keadilan-Nya..
Dan begitulah seterusnya..
Apa yang kita ada, tidak terbanding dengan apa yang ada pada-Nya.

- Maka apakah perasaan seorang makhluk kepada-Nya?
Surah ini memberikan emosi/perasaan yang pelbagai kepada kita:
- Rasa tawadhu’ (rendah diri) kepada-Nya, sedar diri kita manusia pendosa yang sentiasa berharap keampunan dan rahmat-Nya..
- Rasa Izzah (harga diri) sebagai seorang Muslim, menyedari diri kita sebagai hamba Allah semata-mata membebaskan diri kita daripada kehambaan kepada selain-Nya.
- Rasa syukur dan sabar dalam setiap apa yang menimpa, baik ataupun buruk.
-Sentiasa berusaha untuk ikhlas hanya kepada-Nya, sentiasa muhasabah/memperbaharui niat kita.


Antara Sunnah Rasulullah SAW berkaitan surah al-Ikhlas:
1. Membaca surah al-Ikhlas 3 kali sebelum tidur (bersama surah al-Falaq dan an-Nas)
2. Membaca surah al-Ikhlas 3 kali di waktu pagi dan petang (bersama surah al-Falaq dan an-Nas)
3. Membaca surah al-Ikhlas dalam solat-solat sunat pada rakaat kedua (pada rakaat pertama dibacakan surah al-Kafirun).

HUBUNGAN SURAH AL-IKHLAS DENGAN SURAH AL-FALAQ

Surah Al-Ikhlas menegaskan kemurnian Allah s.w.t. dan surah Al-Falaq memerintahkan agar semata-mata kepada-Nya-lah manusia memohon perlindungan daripada segala macam kejahatan.