NOTA INI DIBERIKAN OLEH RAKAN SAYA UNTUK DIMANFAATKAN KEPADA SEMUA.
(Namun mungkin terdapat kesilapan kerana nota ini ditulis oleh pelajar, jika didapati terdapat sebarang kesalahan harap dapat dibetulkan di bahagian komen, terima kasih, & semoga Allah memeberkati usaha kita dalam perkongsian ilmu ini ^_^)
(Namun mungkin terdapat kesilapan kerana nota ini ditulis oleh pelajar, jika didapati terdapat sebarang kesalahan harap dapat dibetulkan di bahagian komen, terima kasih, & semoga Allah memeberkati usaha kita dalam perkongsian ilmu ini ^_^)
A. Harta Pusaka dan Pewarisnya
1. Kenapakah harta pusaka mesti diberikan kepada ahli waris?
Ini kerana pemberian harta pusaka telahpun ditetapkan dan diwajibkan oleh Allah s.w.t.
2. Bolehkah harta pusaka si mati tidak diberikan kepada ahli waris tertentu jika si mati sendiri sudah berpesan agar hartanya tidak diberikan kepada ahli waris tersebut?
Tidak, ini kerana pembahagian harta pusaka adalah ketetapan Allah s.w.t. dan bukan berdasarkan ketetapan si mati ataupun orang lain. Ahli waris yang telah ditetapkan oleh Allah untuk menerima pusaka mesti diberikan bahagiannya.
3.Apakah yang perlu ada dalam membincangkan pusaka?
a. Si mati b. Pewaris c. Harta
4.Adakah harta si mati akan diberikan terus kepada pewaris setelah kematiannya?
Tidak. Terlebih dahulu terdapat tiga perkara yang mesti diambil daripada harta tersebut sebelum pembahagian harta pusaka:
a. Wang untuk pengurusan jenazah si mati
b. Wang untuk menyelesaikan hutang si mati sama ada hutang Allah[1] ataupun hutang esame manusia, jika ada.
c. Wasiat, jika ada.
Setelah selesai semua perkara di atas, barulah pembahagian harta pusaka kepada ahli waris dilaksanakan.
5. Apakah sebab yang menyebabkan pewarisan harta pusaka pada zaman sekarang?
Terdapat dua sebab yang menyebabkan pewarisan harta pusaka pada zaman sekarang:
- Atas sebab perkahwinan
- Atas sebab nasab/keturunan
6. Siapakah ahli waris yang akan mewarisi harta pusaka si mati atas sebab perkahwinan?
Ahli waris atas sebab perkahwinan ialah suami atau isteri.
7. Siapakah ahli waris yang akan mewarisi harta pusaka si mati atas sebab nasab/keturunan?
Lelaki | Empat golongan | Wanita |
ابن ابن ابن | بنوة | بنت بنت ابن |
أب جد صحيح | أبوة | أم جدة صحيحة لأم جدة صحيحة لأب |
أخ شقيق أخ لأب ابن أخ شقيق أخ لأب ابن أخ لأم | أخوة | أخت شقيقة أخت لأب أخت لأم |
عم شقيق عم لأب ابن عم شقيق ابن عم لأب | عمومة | _ |
8. Kenapakah أب / جد صحيح dalam jadual di atas dihitamkan, manakala أخ لأم digariskan?
Semua ahli waris lelaki merupakan عصبة بالنفس[2]. Hanya أب / جد صحيح yang dihitamkan dalam jadual mempunyai kedudukan yang istimewa kerana mereka merupakan عصبة بالنفس dan juga أصحاب الفروض[3]. Manakala مأخ لأ tidak termasuk عصبة بالنفس tetapi merupakan أصحاب الفروض.
9. Bagaimana pula dengan pewaris wanita?
Semua ahli waris wanita merupakan أصحاب الفروض .
Ahli waris wanita akan bertukar menjadi عصبة بالغير[4] apabila terdapat bersamanya ahli waris lelaki yang setaraf dengannya. Mereka ialah:
a. بنت dan ابن
b. بنت ابن dan ابن ابن
c. أخت شقيقة dan أخ شقيق
d. أخت لأب dan أخ لأب
a. أخت شقيقة bersama بنت / بنت ابن
b. أخت لأب bersama بنت / بنت ابن
Penting untuk diingatkan bahawa tidak semua ahli waris akan mendapat harta pusaka, kerana akan berlakunya حاجب محجوب [6]. Hanya terdapat lima ahli waris sahaja yang kekal dan tidak menjadi محجوب:
1. ابن
2. بنت
3. أب
4. أم
5. زوج أم زوجة (tidak boleh menjadi حاجب)
[1]seperti bayaran Nazar dan Kaffarat, namun terdapat khilaf sama ada hutang Allah perlu dibayar atau tidak.
[2]Kalau ahli waris hanya dia, maka dia akan mewarisi semua harta pusaka setelah 3 perkara yang disebutkan dalam soalan no.4 yang lepas diselesaikan, tetapi jika terdapat ahli waris lain dia akan mendapat bakinya jika ada.
[3]Orang yang telah ditetapkan bahagiannya yang tertentu. Pengiraan pusaka mesti didahulukan dengan bahagian أصحاب الفروض.
[4]Dia akan mendapat bakinya (jika ada) dengan kaedah للذكر مثل حظ الأنثيين , lelaki 2 bahagian, wanita 1 bahagian.
[5]Dia akan mempunyai kuasa yang sama dengan lelaki yang setaraf dengannya; oleh itu, dia akan mendapat bakinya jika ada.
[6]Yang kuat حاجب akan menyebabkan yang lemah محجوب tidak mendapat harta pusaka.
No comments:
Post a Comment