Saturday, May 14, 2011

HARTA PUSAKA (bahagian 3)


المسألة المشتركة
Masalah ini dinamakan المسألة المشتركة kerana para pewaris yang terdiri daripada adik-beradik si mati daripada sebelah ibu dan yang seibu dan sebapa, berkongsi harta pusaka dalam bahagian yang sama.

Contoh: Seorang wanita mati dan meninggalkan:
Suami
Ibu
Dua adik-beradik sebelah ibu
Dua adik-beradik seibu dan sebapa

Suami akan mendapat 1/2, ibu 1/6, dan adik-beradik seibu 1/3 (أصحاب الفروض[1].) Manakala, adik-beradik seibu dan sebapa tidak mendapat apa-apa kerana mereka merupakan عصبة[2].

Kes seperti ini telah berlaku pada zaman Umar ibn al-Khattab sebanyak dua kali. Pada kes kedua datang adik-beradik seibu sebapa mengadu dengan berkata: “Kami daripada ibu yang sama. Anggap saja ayah kami seekor himar atau batu!” Oleh itu, Umar r.a. segera berbincang dengan para Sahabat, kemudian memutuskan agar mereka semua berkongsi.

Ini bermakna: Suami akan mendapat 1/2, ibu 1/6, dan adik-beradik seibu dan adik-beradik seibu sebapa berkongsi dalam 1/3.
 


[1]Orang yang telah ditetapkan bahagiannya yang tertentu. Pengiraan pusaka mesti didahulukan dengan bahagian أصحاب الفروض.
[2]Apabila terdapat ahli waris lain dia akan mendapat bakinya jika ada. Jika tiada baki, maka dia tidak mendapat apa-apa.

No comments:

Post a Comment