Saturday, May 14, 2011

HARTA PUSAKA (bahagian 2)


B. Pembahagian Harta Pusaka

1. Pembahagian harta pusaka mesti didahulukan dengan bahagian أصحاب الفروض (orang yang telah ditetapkan bahagiannya yang tertentu). Siapakah mereka? dan berapakah bahagian pusaka untuk mereka?

a. بنت (anak perempuan)
Terdapat 3 bentuk bahagian pusaka yang akan diwarisi oleh بنت:
i)                    1/2 = Dia akan mewarisi separuh pusaka dengan syarat:
1.      Hanya dia sahaja ahli waris.
2.      Bukan 2 atau lebih jika tidak mereka akan mewarisi 2/3.
3.      Tiada ابن yang setaraf, jika tidak dia akan menjadi عصبة بالغير.
ii)                  2/3 = بنات akan mewarisi dua pertiga pusaka dengan syarat:
1.      Lebih daripada seorang بنت, iaitu dua orang atau lebih.
2.      Tidak terdapat ابن bersama mereka.
iii)                عصبة بالغير = Jika terdapat ابن yang setaraf dengannya, tidak kira seorang atau ramai, maka mereka semua akan mendapat baki pusaka dengan kaedahللذكر مثل حظ الأنثيين lelaki 2 bahagian, wanita 1 bahagian.

b. بنت ابن (cucu perempuan daripada anak lelaki)
Terdapat 4 bentuk bahagian pusaka yang akan diwarisi oleh بنت ابن:
i)                    1/2 = Dia akan mewarisi separuh pusaka dengan syarat:
1.      Hanya dia sahaja ahli waris.
2.      Tiada بنتين dan ابن , jika tidak, dia akan menjadi محجوب [1] jika tiada bersamanya عاصب [2].
3.      Bukan 2 atau lebih jika tidak mereka akan mewarisi 2/3.
4.      Tiada ابن ابن yang setaraf, jika tidak dia akan menjadi عصبة بالغير.
ii)                  2/3 = ابن بنات akan mewarisi dua pertiga pusaka dengan syarat:
1.      Tiada فرع si mati[3] pada peringkat yang lebih tinggi daripadanya.
2.      Lebih daripada seorang بنت, iaitu dua orang dan ke atas.
3.      Tidak terdapat ابن ابن bersama mereka.
iii)                1/6 = Dia akan mewarisi satu perenam ketika bersama بنت untuk mencukupkan 2/3, dengan syarat -tidak terdapat ابن ابن bersamanya-.
iv)                عصبة بالغير = Jika terdapat ابن ابن yang setaraf dengannya, tidak kira seorang atau ramai, maka mereka semua akan mendapat baki pusaka dengan kaedahللذكر مثل حظ الأنثيين lelaki 2 bahagian, wanita 1 bahagian.

c. أب (ayah)
Terdapat 3 bentuk bahagian pusaka yang akan diwarisi oleh أب:
i)                    1/6 = Dia akan mewarisi satu perenam sahaja dengan syarat:
1.      Ada bersamanya فرع si mati yang lelaki.
ii)                  عصبة بالنفس = Dia akan mewarisi baki pusaka dengan syarat:
1.      Tiada bersamanya فرع si mati yang lelaki dan yang wanita.
iii)                1/6 danعصبة بالنفس  = Dia akan mewarisi satu perenam dan baki pusaka (jika ada) dengan syarat:
1.      Ada bersamanya فرع si mati yang wanita.

d. أم (ibu)
Terdapat 3 bentuk bahagian pusaka yang akan diwarisi oleh أم:
i)                    1/6 = Dia akan mewarisi satu perenam sahaja dengan syarat:
1.      Ada bersamanya فرع si mati yang lelaki atau yang wanita, atau terdapat bersamanya 2 atau lebih أخوة أو أخوات.
ii)                  1/3 = Dia akan mewarisi satu pertiga dengan syarat:
1.      Tiada bersamanya فرع si mati yang lelaki dan yang wanita.
2.      Tiada 2 atau lebih أخوة أو أخوات (jika tidak, dia akan mewarisi 1/6).
iii)                ثلث الباقي = Dia akan mewarisi ثلث الباقي dalam 2 keadaan:
1.      Si mati meninggalkan زوج وأب وأم , maka, suami akan mendapat 1/2, ibu ثلث الباقي = 1/6, dan bapa yang selebihnya = 1/3.
2.      Si mati meninggalkan زوجة وأب وأم , maka, isteri akan mendapat 1/4, ibu ثلث الباقي = 1/4, dan bapa yang selebihnya = 1/2.


e.صحيح  جد (datuk)
Terdapat 3 bentuk bahagian pusaka yang akan diwarisi oleh جد صحيح:
i)                    1/6 = Dia akan mewarisi satu perenam sahaja dengan syarat:
1.      Tiada أب.
2.      Ada bersamanya فرع si mati yang lelaki.
ii)                  عصبة بالنفس = Dia akan mewarisi baki pusaka dengan syarat:
1.      Tiada أب.
2.      Tiada bersamanya فرع si mati yang lelaki dan yang wanita.
iii)                1/6 danعصبة بالنفس  = Dia akan mewarisi satu perenam dan baki pusaka (jika ada) dengan syarat:
1.      Tiada أب.
2.      Ada bersamanya فرع si mati yang wanita.


f. صحيحة جدة (nenek)
Terdapat 1 bentuk bahagian pusaka yang akan diwarisi oleh جدة صحيحة:
i)                    1/6 = Dia akan mewarisi satu perenam dengan syarat:
1.       tiada أم atau mana-mana حاجب baginya.

g. أخت شقيقة (adik-beradik wanita seibu sebapa)
Terdapat 4 bentuk bahagian pusaka yang akan diwarisi oleh أخت شقيقة:
i)                    1/2 = Dia akan mewarisi separuh pusaka dengan syarat:
1.      Tiada حاجب baginya iaitu أب وفرع الوارث المذكر, jika tidak, dia tidak akan mendapat apa-apa.
2.      Hanya dia sahaja pewaris (tidak ramai, jika tidak mereka semua akan berkongsi dalam 2/3)
3.      Tiada أخ شقيق yang setaraf, jika tidak, dia akan menjadi عصبة بالغير.
4.       Tiada فرع si mati yang wanita, jika tidak dia akan menjadi عصبة مع الغير.
ii)                  2/3 = أخوات شقيقة akan mewarisi dua pertiga dengan syarat:
1.      Tiada حاجب bagi mereka iaitu أب وفرع الوارث المذكر.
2.      Tiada أخ شقيق yang setaraf, jika tidak, dia akan menjadi عصبة بالغير.
3.      Tiada فرع si mati yang wanita, jika tidak dia akan menjadi عصبة مع الغير.
iii)                عصبة بالغير = Apabila terdapat أخ شقيق dia atau mereka (أخوات شقيقة) akan mewarisi harta pusaka dengan kaedah للذكر مثل حظ الأنثيين.
iv)                عصبة مع الغير =  Apabila terdapat بنت أو بنت ابن dia atau mereka (أخوات شقيقة) akan mewarisi yang bakinya jika ada.  


h. أخت لأب (adik-beradik wanita sebapa)
Terdapat 5 bentuk bahagian pusaka yang akan diwarisi oleh أخت لأب:
i)                    1/2 = Dia akan mewarisi separuh pusaka dengan syarat:
1.      Tiada حاجب baginya iaitu أب وفرع الوارث المذكر, jika tidak, dia tidak akan mendapat apa-apa.
2.      Hanya dia sahaja pewaris (tidak ramai, jika tidak mereka semua akan berkongsi dalam 2/3).
3.      Tiada أخ لأب yang setaraf, jika tidak, dia akan menjadi عصبة بالغير.
4.      Tiada فرع si mati yang wanita, jika tidak dia akan menjadi عصبة مع الغير.
ii)                  2/3 = أخوات لأب akan mewarisi dua pertiga dengan syarat:
1.      Tiada حاجب bagi mereka iaitu أب وفرع الوارث المذكر.
2.      Tiada أخ لأب yang setaraf, jika tidak, dia akan menjadi عصبة بالغير.
3.      Tiada فرع si mati yang wanita, jika tidak dia akan menjadi عصبة مع الغير-.
iii)                عصبة بالغير = Apabila terdapat أخ لأب dia atau mereka (أخوات لأب) akan mewarisi dengan kaedah للذكر مثل حظ الأنثيين.
iv)                عصبة مع الغير =  Apabila terdapat بنت أو بنت ابن dia atau mereka (أخوات لأب) akan mewarisi yang bakinya jika ada, dengan syarat:
1.      Tiada أخت شقيقة jika tidak, أخت شقيقة akan mendapat bakinya apabila bersama بنت أو بنت ابن dan أخت لأب tidak akan mendapat apa-apa.
2.      Tiada أخ لأب jika tidak, أخت لأب akan mendapat pusaka berdasarkan عصبة بالغير iaitu للذكر مثل حظ الأنثيين.
v)                  1/6 = أخت لأب atau أخوات لأب mendapat satu perenam apabila terdapat seorang أخت شقيقة bagi mencukupkan 2/3[4].

Bilakah أخت لأب atau أخوات لأب menjadi محجوب dan tidak dapat mewarisi sebarang harta pusaka?
Mereka tidak mewarisi sebarang harta pusaka apabila terdapat:
1. فرع الوارث المذكر (disepakati oleh semua Ulama’).
2. الأب (disepakati oleh semua Ulama’)
3. جد pada pendapat mazhab Hanafi (terdapat khilaf Ulama’).
4. أخ شقيق   
5. أخت شقيقة (yang menjadi عصبة مع الغير ketika terdapat بنت أو بنت ابن kerana dia mempunyai hak yang sama seperti أخ شقيق).
6. أختين شقيقتين dan ke atas kerana mereka mendapat 2/3, dan ini merupakan nilai harta maksimum bagi ahli waris wanita.

i. أخت وأخ لأم (adik-beradik wanita dan lelaki seibu)
Adik-beradik yang berkongsi satu ibu dengan si mati, tidak kira lelaki atau wanita, berkongsi harta pusaka dengan jumlah yang sama.
Terdapat 2 bentuk bahagian pusaka yang akan diwarisi oleh mereka:
i)                    1/6 = Dia akan mewarisi satu perenam dengan syarat:
1.       Hanya dia sahaja pewaris (tidak ramai, jika tidak mereka semua akan berkongsi dalam 2/3.
2.      Tiada الأصل الوارث الذكر وإن علا.[5] Jika tidak, أخت أو أخ لأم tidak akan mendapat apa-apa.
3.      Tiada الفرع الوارث وإن نزل.[6] Jika tidak, أخت أو أخ لأم tidak akan mendapat apa-apa.

ii)                  1/3=  Mereka akan mewarisi satu pertiga dengan syarat:
1.      Apabila terdapat dua dan lebih إخوة أو أخوات لأم
2.      Tiada الأصل الوارث الذكر وإن علا.[7] Jika tidak, أخت لأم tidak akan mendapat apa-apa.
3.      Tiada الفرع الوارث وإن نزل.[8] Jika tidak, أخت أو أخ لأم tidak akan mendapat apa-apa.

Bilakah أخت أو أخ لأم atau أخوات أو إخوة لأم menjadi محجوب dan tidak dapat mewarisi sebarang harta pusaka?
Apabila terdapat: الأصل الوارث الذكر وإن علا.[9] الفرع الوارث وإن نزل.[10]






[1] Tidak mendapat langsung harta pusaka dengan adanya حاجب
[2] Iaitu ابن ابن yang setaraf atau yang lebih bawah daripadanya.
[3] Anak si mati.
[4] Maksimum harta pusaka yang boleh diwarisi oleh ahli waris wanita ialah 2/3. Jika terdapat ahli waris wanita yang telah mendapat 1/2 harta pusaka, maka ahli waris wanita selepasnya akan mendapat 1/6 bagi mencukupkan jumlah maksimum yang boleh diwarisi iaitu 2/3.
[5] Bapa, datuk, dan ke atas.
[6] ابن، بنت، ابن ابن، بنت ابن dan ke bawah.
[7] Bapa, datuk, dan ke atas.
[8] ابن، بنت، ابن ابن، بنت ابن dan ke bawah.
[9] Bapa, datuk, dan ke atas.
[10] ابن، بنت، ابن ابن، بنت ابن dan ke bawah.

No comments:

Post a Comment