Thursday, May 19, 2011

AKU MENGAGUMINYA

Banyak kerjanya
Berlari ke sana sini
Menyelesaikan tugasan yang diberi
Penuh dedikasi dan teliti
Dengan akhlak yang amat terpuji
Rasulullah contoh ikutannya
Aku mengaguminya.

Penatnya biar Allah yang membalasnya
Penatnya biar dikerah hingga putus nyawanya
Penatnya sentiasa diserikan dengan senyum dan tawa
Penatnya tak pernah diadu kepada sesiapa
Benarkah dia penat?
Atau hanya aku yang terasa penat melihat?

Aku mengaguminya
Bukan kerana fizikalnya
Bukan kerana hartanya
Aku mengaguminya
Kerana kekuatan spiritualnya
Kerana keteguhan azamnya
Semoga Allah meneguhkan dirinya
Ditempatkan di FirdausNYA
Sungguh, aku amat mengaguminya!




3 comments:

  1. Salam. Jatuh hati dengan blog ini. Terima kasih atas perkongsian. minta izin copy puisi ini ya. jazakillah. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Wsalam. Ummu Majdiyya, meninjau blog saudari, saya juga turut jatuh hati pada blog saudari..terima kasih. Namun saya masih lagi terkial-kial menguruskan blog. masih banyak application yang saya tak tahu.. Silakan copy, amat dialu-alukan. Segala coretan dalam blog ummu nuh tiada hak cipta, boleh di copy paste ke mana-mana, semoga manfaatnya sentiasa mengalir untuk bekalan kehidupan abadi..ameen. ^_^ (he2 sorry comment kat atas tadi tlupa letak smile)

    ReplyDelete