Diakah itu?
Sebagai seorang gadis remaja,
yang ingin mencintai dan dicintai
seseorang yang bergelar suami,
dia memulakan langkah sendiri.
Entah daripada mana,
dia mengumpulkan kekuatan
untuk melamar seorang lelaki
menjadi suami.
Dengan seorang teman rapat,
dia pergi menemui lelaki itu.
Diakah itu
yang akan menjadi
seorang suami?
Diakah itu
yang akan dicintai
sepenuh hati
selepas Allah dan Rasul?
Ah, diakah itu?
Sayang, bukan dia.
Bukan dia.
Masa berlalu,
dia melamar seorang lelaki lain
yang dianggapnya
boleh menjadi suami pembimbing diri.
Diakah itu?
Diakah itu?
Sayang, bukan dia.
Entah sudah berapa kali
dia membuat langkah pertama.
Dia bagai sudah lali.
Melamar kemudian ditolak lelaki.
Ah, sakitnya dan malunya bukan kepalang.
Namun, perkara lalu sudah berlalu.
Kisah duka itu,
menjadi satu sejarah
yang walaupun hiba
kadang-kadang
turut mengundang tawa.
Ah, begitu mentah dirinya ketika itu.
Alangkah mentah dan jahil dirinya.
Kini gadis itu meningkat dewasa.
Seorang lelaki bertanyakan dirinya.
Kalau lelaki itu benar-benar
ingin memperisterikan dirinya,
silalah bertemu ayah ibu.
Usah berbicara dengannya,
usah berhubung dengannya,
dia tidak mahu.
Namun sayang,
bulan berganti bulan,
lelaki itu belum mahu
bertemu ayah ibu.
Biarkan.
Biarkan dia.
Namun, tiba-tiba,
di hari cuti itu,
dia menerima sms.
Lelaki itu ingin bertamu ke rumah.
Hatinya gembira.
Diakah itu?
Diakah itu?
Ya, mungkin dia.
Takdir esok hari.
hanya Dia yang tahu.
No comments:
Post a Comment