Monday, April 2, 2012

Bila hati disakiti..

Bila hati disakiti
rasa ingin membenci
kata maaf hanya di bibir meniti
tapi dalam hati
hanya dalam pengetahuan Ilahi..

Setiap kali
terlihat orang yang dibenci
hati beristighfar berkali-kali
memohon ampun kepada Ilahi
kerana masih ada sekelumit benci
walau kemaafan telah diberi
namun peristiwa itu masih lagi terkesan di hati..

Oh Tuhan Yang Maha Pengasihani,
ampunkan segala dosa kami
dan dosa orang-orang yang kami benci
dan dosa orang-orang yang membenci kami
kerana dalam diri mengetahui
kebencian yang hadir tidak sepatutnya buat diri yang dibenci
kebencian hanya pada perbuatan yang dibenci
bila hilang perbuatan itu pada diri
diri itu patut disayangi kembali
tapi
masih lagi
kebencian itu turut ada pada diri orang yang dibenci

Oh Tuhan Yang Maha Memberi
berikan kami ketenangan hati
hilangkan rasa benci ini
memaafkan dengan sepenuh hati
kerana diri ini pernah juga menyakiti..

DIsakiti, menyakiti,
dibenci, membenci,
semua ini
memberi lebih erti
pada sebuah kemaafan yang hakiki
dan kemaafan yang hakiki itu terbukti
pada ketenangan hati..
Ya Allah Yang Maha Melembutkan Hati..
tenangkanlah hati kami.. T_T



4 comments:

  1. salam...
    minta izin untuk share kata2 ni di blog sy...
    tq...:-)

    ReplyDelete
  2. Wsalam..
    Silakan.. Terima kasih kerana sudi share.. Semoga bermanfaat.. ^_^

    ReplyDelete