Aduh, perit rasanya.. Ah! Tak sakitlah.. Setakat benda macam tu pun nak sakit dan pedih ke?? Salah sendiri. Bermain api. Dah ditegah jangan, masih gatal nak melakukan kesalahan yang berulang!
Islam..Iman..Alhamdulillah!!! Atas nikmat Islam dan Iman. Alhamdulillah!!! Wanita Muslimah, Mu'minah! Belum cukupkah?!
Kecewa dengan sikap sendiri. Benci dengan kesalahan diri. Malu dengan perbuatan tak sedar diri. Kata mereka: Okeylah tu.. Bisalah tu.. Benarkah?!
Setiap kali ditolak ke tepi.. Setiap kali dibiarkan sepi.. Hati ini terasa perit, pedih, dan sakit.. Ya! Itulah kehidupan duniawi.. Sukakah dan redhakah diri untuk kekal di sini?!
Kerana itu..kita ada kehidupan ukhrawi.. Alhamdulillah!!! Rindu untuk hidup bahagia selamanya di sana nanti.. Dalam redha & rahmat Ilahi.. Bahagia yang kekal abadi.. Mampukah?!
Kuakhiri dengan doa.. Oh, Ya Allah.. Rahmat-Mu terlalu luas, Maghfirah-Mu begitu agung, namun, apakah aku termasuk di dalam golongan ini? Dengan penuh Raja' kumengharap..dengan penuh Khauf kumerintih..Rahmatilah diri serba hina ini..Penuh dosa dan noda..Magfirah-Mu kudamba..Rahmat-Mu kupinta..Ampunilah aku.. Kuutuskan doa yang sama buat seluruh mereka yang beriman sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati..
Ameen Ya Rabb al-'Alameen..
No comments:
Post a Comment