Thursday, September 22, 2011

Abdullah: Muhasabah bersama


Christine terkejut. Berita bahawa John suami yang dicintainya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya ibarat petir yang memanah dirinya. Christine berdiri kaku. Telefon bimbitnya terlepas daripada gengaman, jatuh menghentak lantai marmar di rumahnya..
--------------------------

Hakikat yang diketahui oleh semua manusia..Sama ada Muslim atau non-Muslim. Hakikatnya kita semua pasti mati. Segala kenikmatan, segala kesengsaraan, segala apa yang dimiliki di dunia, pasti akan ditinggalkan, sama ada ketika masih hidup atau pasti kita tinggalkan ketika kita mati. Mati, itu satu episod perjalanan. Perjalanan selepas mati..

Ingat mati agar hati itu hidup

Kematian itu mengingatkan betapa kita ini perlu menyediakan bekal. Kematian itu episod perpindahan alam. Ruh akan terus hidup ke alam seterusnya. Ke mana? Taman syurga atau jurang neraka? Maka, bertuahlah mereka yang menyediakan bekalan untuk hari selepas kematian. Kerana kehidupan selepas mati itu adalah kehidupan yang hakiki. Tiada lagi mati. Tiada lagi ujian. Semuanya keputusan. Semuanya hasil daripada apa yang kita usahakan di dunia. Maka, berbekallah! Dan sebaik-baik bekal adalah taqwa..

Bandingan

Bandingkan manusia yang mengenali Akhirat dan manusia yang hanya mengenali dunia. Bandingkan manusia yang beriman dengan Akhirat dan manusia yang hanya beriman dengan dunia. Berbeza! Jauh berbeza.. Tahukah kita berkenaan akhirat? Berimankah kita dengan Akhirat? Buktikan pengetahuan dan keimanan ini dalam kehidupan dan pada setiap masa, kerana kehidupan ialah masa & masa ialah kehidupan. Lihatlah setiap usaha di dunia dengan pandangan akhirat. Maka, kerana itu, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim. Ilmu yang bercahaya, yang menjadi petunjuk dalam perjalanan kehidupan sementara menuju kehidupan hakiki yang kekal abadi.

Usah bimbang, harta kita tidak banyak, usah bimbang nikmat di dunia ini kurang yang dapat dirasai, usah bimbang tentang semua ini, tapi bimbanglah andai kita terperangkap dalam maksiat..bimbanglah untuk melakukan dosa..

Ilmu yang bercahaya

Maka, ilmu itu perlu melalui 2 peringkat: Peringkat pertama ialah ilmu kepada mengenali Allah dan hari akhirat. Peringkat kedua ialah ilmu kepada manhaj (cara hidup) Islam & arahan yang mesti dipatuhi. Sayangnya, masalah akan bermula apabila kita hanya mengenali peringkat kedua, kita hanya ada ilmu berkenaan arahan, tetapi tidak mengenali siapa yang mengarah. Kita mengetahui kewajipan solat dan cara solat, tapi apabila kita tak mengenali siapa yang menyuruh kita solat, maka pelbagai alasan mula dicari agar kita tidak melakukan solat itu. Begitulah seterusnya..

Syaitan yang licik

Peperangan antara Hak dan Batil. Syaitan tidak pernah berputus asa. Bisikan-bisikan jahat terus diasak. Kadang-kadang kita mula terleka. Tapi bila terdetik kesedaran, segeralah memohon perlindungan Allah.. Mintalah perlindungan daripada Yang Maha Melindungi.. Bermujahadahlah! Berjihadlah! Dunia sementara ini adalah ujian. 

Kita ini Hamba siapa?
 
Ujian ini untuk melihat, kita hamba Tuhan, kita Hamba Allah.. Bukan hamba Nafsu, Bukan Hamba Dunia..kita ini Hamba ALLAH.. Buktikanlah melalui amalan kita ketika kita berseorangan, tika tiada manusia yang melihat, ketika hanya kita berseorangan dengan peluang dan bisikan jahat menerpa mengasak dan memujuk.. Ketahuilah Allah itu Maha Mendengar.. Ucapkanlah, berdoalah dengan tangis air mata.. Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam..
Maka sungguh beruntunglah sesiapa yang menjadi Hamba ALLAH.. Ketenangan akan menerpa.. Kedamaian akan terasa, di sebalik deraian air mata keinsafan.. Kita hamba Allah, dan bersyukurlah atas nikmat Iman & Islam.. Alhamdulillah.. kerana kita ini 'Abdullah!

ALHAMDULILLAH

No comments:

Post a Comment