Friday, September 30, 2011

Dalam hati..

Dalam hati
bisikan itu datang lagi
perit menanggung sendiri
ah~jalan mujahadah ini
berterusan hingga mati..
andai gagal bangkitlah kembali
tagihlah keampunan Ilahi

Dalam hati
sakit itu masih berbaki
ubatilah dengan mengingati Ilahi
bahawa kematian itu pasti
bekalan pula tiada apa lagi
resah itu bertandang lagi
moga ia menjadi penguat hati

Dalam hati
bagai ada duri
entah bagaimana untuk menariknya kembali
agar luka di hati
sembuh kembali
hanya doa dipanjatkan kepada Ilahi
hanya Dia yang memberi
kesembuhan hakiki..

Dalam hati
hanya DIA yang Maha Mengetahui..



No comments:

Post a Comment