Surah
ini mempunyai 8 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyah. Nama Al Bayyinah
diambil dari kata Al-Bayyinah yang terdapat pada ayat pertama surat ini, ertinya
“bukti yang jelas”. Selain nama al-Bayyinah, surah ini juga dinamakan surah
‘lam yakun’, al-Bariyyah dan al-Qayyimah.
Isi-isi penting surah:
Allah SWT mengutuskan Rasulullah SAW bersama-sama dengan
wahyu al-Qur’an sebagai bukti yang jelas akan kebenaran Nabi Muhammad SAW.
Baginda merupakan Nabi & Rasul terakhir yang meneruskan perjuangan para
Nabi & Rasul terdahulu menyampaikan risalah Islam. Sesiapa yang menolak dan
mendustakan baginda, maka merekalah sejahat-jahat dan seburuk-buruk makhluk
yang akan dikembalikan ke neraka Jahannam. Manakala, sesiapa yang menerima dan membenarkan baginda, maka
merekalah sebaik-baik makhluk yang akan dikembalikan ke syurga yang kekal
abadi…





·
Apakah
lembaran-lembaran suci itu?
Itulah al-Qur’an. Ada pelajaran, hukum-hakam dan panduan
yang sangat bernilai sepanjang kehidupan…
Namun sayang…

·
Ada juga orang yang bukunya sudah banyak dibaca, menjadi tempat rujukan
orang ramai pula, tetapi apabila datang kebenaran yang jelas lagi nyata ini,
mereka berpecah-belah disebabkan kesombongan dan kedengkian mereka…
Sedangkan…

·
Ibadah hanya kepada Allah.. Berdoa mohon pada Allah. Kepatuhan mutlak
padaNya. Allah Maha Kuasa. Selain Allah, semuanya makhluk, dan makhluk tiada
kuasa. Terus teguh mentauhidkan Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat.
Semudah itulah cara hidup yang benar.

6. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab
dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah
mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.

7. Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah
sebaik-baik makhluk.

8. Balasan mereka
di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah
reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.
Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah)
Tuhannya.
PENUTUP
1. Jadilah orang yang beriman dan
selalu melakukan kebaikan dengan mengikhlaskan diri kerana Allah. Segala
kebaikan yang kita lakukan adalah untuk kebahagiaan diri sendiri di akhirat
nanti.
2. Kesungguhan mempelajari
lembaran-lemabaran al-Qur’an itu penting untuk menjadi panduan hidup dan
menambahkan keimanan setiap hari.
No comments:
Post a Comment