Sunday, June 26, 2011

Manusia pendosa: Dosa yang sama

Untuk perkongsian semua:



Dosa yang sama!

Sering kita terperangkap dalam dosa yang sama
dalam sedar atau leka
kita manusia pendosa! 
Namun sebaik-baik pendosa
Ialah orang yang sentiasa kembali menyesal bertaubat kepadaNYA
Perjuangan melawan bisikan hawa nafsu agar berbuat dosa
perlu sentiasa diteruskan tanpa putus asa
menang kalah, kalah, kalah dan menang semula
perjuangan hingga ke hujung nyawa!

“Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hamba-Nya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan, tiada lain ia bertujuan mengarahkannya supaya JIHAD berjuang, dan melawan, sehingga perjuangannya itu akan melahirkan cinta kepada Allah.” (Ibnu Al-Qayyim).

"Hidup ini satu perjuangan! Perjuangan antara yang hak dan yang batil!"

"Life is a battle between truth and false, right and wrong, good and evil... LIFE IS A BATTLE!"

Gagal dan menang silih berganti. 
Itulah perjuangan mengahadapi diri sendiri. 
Demi mendisiplinkan hawa nafsu dan keinginan yang tak bertepi..
Mohonlah bantuan Ilahi
Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani
Untuk mengawal diri amanah Ilahi..



Sebelum manusia berbuat dosa
Syaitan membisikkan: Taubat itu sentiasa terbuka!
Setelah pendosa jatuh tertipu di dalam dosa
Syaitan membisikkan: Putus asalah! Engkau memang manusia pendosa!
Syaitan mahu dan sentiasa berusaha
agar manusia pendosa
tidak akan berputus asa daripada dosa
tapi mudah berputus asa daripada rahmat Yang Maha Esa..


Maka,
Sedarlah wahai manusia pendosa!
Kita tidak boleh berputus asa
Walau sering jatuh ke lubang dosa yang sama
Jangan pernah berputus asa
daripada menjadi Hamba Yang Esa
bersegeralah bertaubat menyesali segala dosa
selagi masih hidup di dunia
jangan pernah berputus asa daripada rahmatNYA
bagaimana kita mahu berputus asa daripadaNYA??
sedang kita tidak mahu berputus asa daripada dosa?!
Berputus asalah daripada dosa!
Namun jangan berputus asa daripada rahmatNYA..


Firman Tuhan: "Katakanlah: Wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengampuni segala dosa, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani" (Al-Zumar: 53)




Selagi masih bernyawa
Bersegeralah kembali kepadaNYA..

3 comments:

  1. as-salam,,,
    inilah kalam2 yg WAJIB dibce oleh golongan yg merasekan dri nyer sudah sesat bergelumang dgn dosa dan tidak mmpu kmbali ke jln kebenaran...
    masih ade harapan utk kte wahai saudara2KU...jgnlah kte sesekali putus asa memohon RAHMAT & MAGHFIROH dari Allah s.w.t
    Wallahu A'lam...-feat3-

    ReplyDelete
  2. wsalam.
    anonymous:semua coretan di blog ummu boleh dikongsi untuk semua, tiada hak cipta, nak copy paste letak kat mana-mana pun tak apa, semoga bermanfaat buat semua. terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  3. terjah ke blog ini. Alhamdullilah mendapat input nya. mohon share ye :)

    ReplyDelete