CORETAN SEORANG KAWAN, UNTUK PERKONGSIAN:
Awan..
indahnya kepulan-kepulan awan
berarak penuh ketenangan
membentuk corak bunga-bungaan di taman
mungkin ia hanya sekadar awan
yang ingin digenggam seorang insan
yang wujud hanya dalam alam khayalan
antara cita-cita dan angan-angan
antara mimpi dan impian
antara khayalan dan kenyataan
Awan..
dalam usaha tekad seorang insan
hujungnya tawakkal kepada Tuhan
satu penantian dan pengharapan
di celah-celah kepulan awan
memohon rezeki Tuhan
mengharapkan dingin kedamaian
menantikan limpahan hujan
yang membawa rahmat Tuhan.
Awan..
Sangkaan seorang insan
hadirmu diharap memberi ketenangan
redupmu diharap membawa keamanan
namun..
hadirmu mungkin disertai petir dan guruh yang membingitkan
hadirmu mungkin disertai ribut taufan yang mengerikan
semuanya menuntut persediaan dan kecekalan
dalam mengahadapi segala kemungkinan.
Awan..
Jangkaan seorang insan
antara keamanan atau kehampaan
antara kedamaian atau kepedihan
semuanya sekadar ujian demi ujian
ujian kehambaan dan keredhaan
ujian kesyukuran dan kesabaran
semunya baik buat orang yang beriman
penuh hikmah, rahmah, dan keampunan
kerana wujudnya awan
di dunia sementara pinjaman Tuhan.
~Awan dan harapan insan~
Awan..
indahnya kepulan-kepulan awan
berarak penuh ketenangan
membentuk corak bunga-bungaan di taman
mungkin ia hanya sekadar awan
yang ingin digenggam seorang insan
yang wujud hanya dalam alam khayalan
antara cita-cita dan angan-angan
antara mimpi dan impian
antara khayalan dan kenyataan
Awan..
dalam usaha tekad seorang insan
hujungnya tawakkal kepada Tuhan
satu penantian dan pengharapan
di celah-celah kepulan awan
memohon rezeki Tuhan
mengharapkan dingin kedamaian
menantikan limpahan hujan
yang membawa rahmat Tuhan.
Awan..
Sangkaan seorang insan
hadirmu diharap memberi ketenangan
redupmu diharap membawa keamanan
namun..
hadirmu mungkin disertai petir dan guruh yang membingitkan
hadirmu mungkin disertai ribut taufan yang mengerikan
semuanya menuntut persediaan dan kecekalan
dalam mengahadapi segala kemungkinan.
Awan..
Jangkaan seorang insan
antara keamanan atau kehampaan
antara kedamaian atau kepedihan
semuanya sekadar ujian demi ujian
ujian kehambaan dan keredhaan
ujian kesyukuran dan kesabaran
semunya baik buat orang yang beriman
penuh hikmah, rahmah, dan keampunan
kerana wujudnya awan
di dunia sementara pinjaman Tuhan.
~Awan dan harapan insan~
salam ziarah
ReplyDeleterose follow tanda sokongan!
wsalam rose. terima kasih atas ziarah & sokongan.. Semoga kita semua dirahmati, diberkati, & diredhai Allah ^_^
ReplyDelete