Sunday, August 1, 2010

Seruan Jihad buat Wanita

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi..
ramai sahabat seangkatan mula diseru berjihad.
Seorang demi seorang diseru.

Ya, sesungguhnya Tuhan Maha Tahu
waktu yang tepat untuk seruan jihad menuju-Nya.

Jihad di alam rumahtangga..
Jihad membina keluarga Muslim..

Seruan jihad sememangnya memberi sinar bahagia yang cahayanya memancar terang di wajah hamba-Nya yang beriman.
Buat yang belum diseru, "ayat-ayat rindu" menanti seru terus bergema..

Begitulah keadaannya, situasi para wanita Muslimah,
melihat seorang demi seorang sahabat mereka mula dipetik daripada laman rumah ayah bonda tercinta. Seorang demi seorang..

Seruan jihad bergema!
Jihad wanita!

نحن النساء
نجاهد بالرحم
وهذا لإنشاء
الجيل المسلم

Senandung jihad mula berentak..rancak!
Kami wanita
Berjihad dengan rahim
Ini adalah demi
Membentuk generasi Muslim!
=) =) =)

Sahabat..
Sungguh..
Khabar bahagia ini..
Begitu menenangkan hati ..
Menyejukkan telinga..
Mendamaikan jiwa..
Menggenangkan mata..
Dengan air mata bahagia..

Ya..
Satu lagi keluarga Muslim akan terbina..
Berjihadlah!
Kerana serumu sudah tiba..
Kami di sini menunggu..
Giliran tibanya seruan itu..

Jihad buat wanita!
yang insya Allah akan meramaikan lagi umat Muhammad,
Nabi dan Rasul tercinta..
Nabi yang berbangga dengan ramainya umat baginda..
Maka berbanggalah!
ketika melihat ramainya sahabat
yang akan meramaikan lagi umat..

Ya..
inilah jihad buat wanita Muslimah!
Meramaikan kuantiti..
meningkatkan kualiti..
modal insan! =)
=) =) =)

A teacher said to us..
Women!
Remember!
All of you are in the Ministry of Human Resources!
So,
Serve well! =)

TAHNIAH..buat yang sudah diseru berjihad
buat yang belum..
Let us prepare ourselves!=)

No comments:

Post a Comment