Memberi..
apapun yang mereka beri..
ilmu, harta, tenaga,
& segalanya..
bukanlah untuk dipuji..
bukan juga untuk disanjungi..
jauh sekali daripada tujuan duniawi..
mereka memberi..
demi redha Ilahi..
demi kehidupan hakiki..
fi sabiliLLAH!!
bagaimana tidak..
sedang Rasul pernah bersabda
antara orang yang mula-mula dicampakkan ke dalam nereka..
orang yangg memberi tapi ingin dipuji..
orang yang memberi tapi ingin disanjungi..
di hadapan Tuhan dia mengaku: "Aku memberi hanya keranaMU!"
dia menipu di hadapanNYA..
dia berbohong dengan TUHANnya..
alangkah PELIK!
bagaimana dia boleh menyangka TUHAN yang Maha Tahu boleh ditipu?
lalu Tuhan membalas: كذبتَ "engkau tipu!"
lalu bergema jawapn para malaikat: كذبتَ "engkau tipu!"
lemah & longlailah tubuh..
m'degar gemuruh penyaksian..
TIPU!
ENGKAU PENIPU!
maka..
kita memohon..
serendah hati..
sehiba diri..
kerana bukan mudah untuk mengikhlaskan diri..
namun doa itu senjata mu'min..
senjata pelindung daripada godaan iblis & godaan duniawi..
kita amat lemah andai berdepan sendiri..
senjata anugerah TUHAN mesti dipegang rapi..
semoga kita termasuk dlm golongn مخلصين
"org2 yg diikhlaskan olehNYA"
untuk istiqamah beribadah keranaNYA..
memberi keranaNYA..
berbakti demiNYA..
mengumpul bekal di dunia yg fana
di kehidupn yg sementara
Hingga kita kembali menemuiNYA..
kukongsikan antara kisah sahabat yang memberi demi redha Ilahi:
Sebaik sahaja ayat 92 surah Ali Imran diturunkan:
{ لَن تَنَالُواْ ٱلْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ }
"kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian yang sempurna, sebelum kamu membelanjakan sebahagian harta yang kamu cintai, dan apa saja yang kamu belanjakan itu, sesungguhnya Allah mengetahui"
Lalu teruslah para Sahabat Nabi s.a.w. berlumba-lumba mewakafkan harta yang dicintai..
Abu Talhah b'kata: "Aku berikan tanahku ke jalan Allah.."
Rasul s.a.w. m'jawab: "wakafkanlah tanah itu utk kaum kerabatmu, Hisan b Tsabit & Ubai b Kaab"
Zaid b Haritsah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawa aku tidak punya harta yang lebih kucintai selain kudaku ini, maka ku berikannya ke jalan Allah"
Lalu Nabi s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menerimanya daripadamu"..
al-Hasan al-Basri ketika menafsirkan ayat ini berkata:
وقال الحسن: إنكم لن تنالوا ما تحبون إلا بترك ما تشتهون، ولا تُدركوا ما تأمّلون إلا بالصبر على ما تكرهون.
"sesungguhnya..kamu tidak akan m'capai apa yg kamu cintai..sehingga kamu meniggalkan (dgn memberi) apa yg syahwat kamu ingini..dan kamu tidak akan mencapai cita-citamu..sehingga kamu bersabar terhadap apa yg kamu (syahwatmu) benci.."
Selamat memberi demi mencapai redha Ilahi ^_^
No comments:
Post a Comment