Tuesday, July 27, 2010

ILMU CAHAYA & ILMU GELAP

Ilmu yang bermanfaat bercahaya terang, menyuluh jalan, membetulkan kesalahan, menguatkan kebenaran, memantapkan keazaman, dan sebagainya perkara yang memberi manfaat buat diri sendiri dan orang lain.

Namun ilmu yang memudharatkan itu gelap dan hitam, menggelisahkan perasaan, membuntukan jalan, menambahkan ketamakan, kedengkian, dan dendam berpanjangan, serta sebagainya perkara yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain.

Oleh sebab itu, berhati-hatilah! Ketika menuntut ilmu pastikan hati itu rasa tenang dan tenteram. Kerana ilmu yang bermanfaat tidak menggelisahkan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita untuk memohon kepada Allah s.w.t. ilmu yang bermanfaat.
Amalkan doa' ini, semoga kita sama-sama mendapat ilmu cahaya yang melapangkan dada, menjernihkan jiwa, dan menenangkan hati:

اللهم إنا نسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا

"Ya Allah, kami memohon kepadaMU ilmu yang bermanfaat, dan rezeki yang baik, dan amalan yang diterima (olehMU)".

No comments:

Post a Comment