tulisan tanpa suara
boleh dibaca semua
dengan pelbagai nada
nadaku
nadanya
nadamu
nada mereka
nada kita
berbeza
berbeza
tidak serupa..
Aku menulis
tulisan tanpa suara
niat di hati
ingin berdiskusi
berkongsi ilmu
apakan daya
nada kita berbeza
ada terguris
ada terhiris
aku jadi sangsi
untuk terus menulis..
Aku menulis
tulisan tanpa suara
hanya kepadaNYA
kumohon ampun
andai terselit rasa bangga
dalam tulisanku
andai terselit api hasad
dalam baris ayat
yang bisu..
Tulisan tanpa suara
perbincangan biasa
bisa diterjemah sebagai debat
untuk menunjukkan yang terhebat
ampuni aku YA ALLAH
andai benar ia menjadi niat
sucikan hatiku Ya Tuhan
andai hatiku ternoda hasutan nafsu dan syaitan..
Tulisan tanpa suara
maafkan diriku andai ada yang terasa
aku seorang yang kurang bijak dalam pemilihan kata
juga penulis yang kurang pandai membuat ayat berbunga-bunga..
Mengenangkan aku kekurangan bekalan
maka kuteruskan tulisan
semoga yang baik bisa jadi pedoman
mana yang buruk bisa jadi sempadan..
Tulisan tanpa suara
nadanya berbeza
hanya diketahui dengan teguran pembaca
terima kasih atas teguran yang diberikan
ingin berdiam saja
atau menjawab
lalu menjadi debat
atau hanya menukilkan sebuah puisi hati..
Lalu
antara semua pilihan yang ada
aku memilih puisi
kerana ia dekat di hati
berbicara dengan bunga bahasa
yang aku sendiri rasai..
^_^
No comments:
Post a Comment