Sunday, August 21, 2011

Aku juga wanita

Aku juga wanita
punya rasa
punya jiwa
namun
setiap wanita itu berbeza
setiap kita unik dan istimewa..
Aku juga wanita
walaupun begitu
perjalanan hidup kita berbeza
setiap insan dengan ujian berlainan
nikmat yang juga berlainan
latar belakang hidup yang berlainan
namun tujuan kita sama
sebagai seorang wanita Islam
kita mahu mendapat Redha-NYA..
Aku mendoakan 
semoga kita semua
berada dalam redha-NYA
keampunan-NYA
rahmat-NYA...
Kita sama, namun tak serupa..
Kita wanita, namun setiap kita unik dan istimewa..

No comments:

Post a Comment