"Maryam dan Nuh tolong Ummi kemas rumah ye sayang" Aku memandang kembarku yang berusia tiga tahun itu sambil tersenyum.
"Kalau tolong Ummi, Ummi nak bagi hadiah apa?" Maryam bertanya dan mereka berdua ketawa ceria.
"Ummi cium 10 kali seorang!" Aku menjawab penuh yakin. Mereka berdua tercengang.
"Ala, Ummi dah biasa cium dah, nak hadiah lainlah pulak" Nuh pula menjawab.
"Ala, baiklah, Ummi bagi 20 ciuman seorang macam mana? Ni pertama kali ni, siapa anak Ummi yang pertama nak dapat 20 ciuman Ummi?" Aku cuba memberikan lebih semangat kepada mereka.
"Saya!" "Saya!" Nuh dan Maryam sama-sama berlumba untuk menjawab.
Aku menyembunyikan ketawaku di dalam hati. Dah agak dah! Kalau berlumba, semua nak.
"Ok, siapa yang siap susun mainan kat dalam bakul masing-masing dapat hadiah dulu!"
Sebaik sahaja aku menghabiskan ayat mereka berdua berlari mengemaskan barang masing-masing yang berterabur di ruang tamu dan berlari masuk ke dalam bilik mainan mereka. Mereka berulang alik membawa anak patung, bongkah mainan, bantal buah-buahan, dan bermacam lagi. Memandangkan tubuh mereka yang kecil, hanya satu atau dua mainan yang boleh di bawa setiap kali. Walaupun suamiku dan aku sudah menyediakan bilik mainan, namun mereka tetap mahu keluar bermain di ruang tamu. Mungkin disebabkan ruangnya yang lebih luas.
"Assalamu'alaikum" Kedengaran suara garau memberi salam. Suamiku sudah pulang. Aku tidak perasa akan bunyi motorsikalnya atau bunyi dia membuka pagar. Mungkin kerana bunyi mesin basuh yang agak kuat berpusing.
"Wa'alaikumussalam!" Aku segera keluar daripada dapur untuk membuka pintu rumah.
Aku menyambut suamiku dengan wajah ceria dan bersalaman dengannya. Panas tangannya.
"Eh, rajinnya anak-anak ayah kemas mainan!" Suamiku memuji dengan nada pelik sebaik sahaja melihat Maryam dan Nuh berlari-lari masuk dan keluar bilik mengangkat mainan masing-masing.
"Tak nak salam ayah ke?" Suamiku tercegat berdiri memandang mereka berdua.
"Sekejap lagi, nanti lambat dapat hadiah!" Nuh menjawab sambil tercungap-cungap berlari.
"Oh, Ummi nak bagi hadiah ke? Hadiah apa?" Suami memandang mereka dan aku silih berganti.
"Rahsia!" Aku segera menjawab. Alamak! Aku segera ke dapur.
"Hehe, Ummi nak bagi 20 kali ciuman!" Maryam menjawab pantas sambil ketawa terkekek-kekek.
Oppsss, maluku bukan kepalang.
"Hahaha banyak tu!" Kedengaran ketawa suamiku di ruang tamu. Aku pula sudah kembali masuk ke dapur untuk membilas baju yang sudah siap dimesin.
"Ayah pun nak hadiah macam tu jugak!" Suamiku bagai sengaja menguatkan suara agar aku mendengarnya.
"Ummi!" Tiba-tiba aku diterpa daripada belakang. Hampir-hampir aku jatuh tersembam kerana lantai yang agak licin. Astaghfirullah! Alhamdulillah aku sedang memegang mesin basuh. Sempat tanganku berpaut kuat. Budak-budak ni! Segera aku tersenyum. Geramku hilang sekelip mata.
"Nuh siap dulu!"
"Tapi Maryam sampai dulu!"
"Biar ayah jadi pengadil" Tiba-tiba suamiku muncul di muka pintu dapur.
"Ummi cium Nuh sekali pastu Maryam sekali sampai cukup 20 seorang" Suamiku memberi arahan sambil tersenyum.
"Okey!" Maryam dan Nuh serentak menjerit ceria.
Aku bergilir-gilir mencium pipi mereka yang halus mulus itu. Dalam hati aku ketawa ceria! Seronok mencium mereka.
Suamiku pula duduk bersila di belakang kembar kami lalu berkata:
"Ayah tunggu giliran ni..Lepas ni Ummi kena bagi hadiah kat pengadil pula!"

No comments:
Post a Comment