Membaca al-Qur'an dengan 'berlagu'
(buku asal: المدخل إلى دراسة علوم القرآن للدكتورة صفية شمس الدين)
perhatian: terjemahan ini diberikan oleh seorang rakan (pelajar) untuk manfaat serta perkongsian bersama. Oleh sebab ia bukan terjemahan profesional, mungkin terdapat kesilapan dalam terjemahannya. sebarang pembetulan amat dialu-alukan. terima kasih ^_^
MEMBACA AL-QUR’AN SECARA TARTIL:
- Kenapakah kita sepatutnya membaca al-Qur’an secara tartil?
- Bagaimanakah cara untuk kita membaca al-Qur’an secara tartil?
- Apakah yang dimaksudkan dengan "melagukan al-Qur'an"?
- Apakah tujuan kita "melagukan al-Qur'an"?
MEMBACA AL-QUR’AN SECARA TARTIL:
- Kenapakah kita sepatutnya membaca al-Qur’an secara tartil?
- Ini kerana, arahan membaca al-Qur’an adalah wahyu pertama yang diturunkan dan dibacakan oleh Jibril a.s. kepada Nabi s.a.w. di gua Hira’, dan arahan ini disebutkan dua kali, iaitu:
[العلق:1]. ﴿اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ﴾
Maksudnya: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.
﴿اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ﴾ [العلق:3].
Maksudnya: Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah.
Oleh itu, membaca al-Qur’an adalah dituntut dan dimudahkan kepada semua, sebagaimana firman Allah s.w.t.:
[المزمل: 20]. (فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ)
Maksudnya: Maka bacalah apa yang mudah daripada al-Qur’an.
- Tambahan pula, al-Qur’an terdiri daripada perkataan yang dibaca dan makna yang difahami, tidak ada satupun perkataan di dalamnya yang tidak mempunyai sebarang makna. Allah s.w.t. berfirman:
[القمر:17]. (وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ )
Maksudnya: dan Kami telah memudahkan al-Qur’an untuk menjadi pengajaran, maka adakah orang mahu mengambil pengajaran?
- Malah, membaca al-Qur’an adalah satu ibadah yang mempunyai pahala yang amat besar, setiap huruf mendapat sepuluh ganjaran pahala, terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang kelebihan membaca al-Qur’an.
- Bagaimanakah cara untuk kita membaca al-Qur’an secara tartil?
- Membaca al-Qur’an dengan tartil bererti kita membacanya secara perlahan satu persatu dengan bacaan yang tersusun. Ini bermakna kita perlu mengelakkan membaca al-Qur’an secara laju sehingga sebutan ayat-ayat al-Qur’an menjadi tidak jelas dan sukar difahami. Allah s.w.t. berfirman:
[المزّمِّل:4]. (وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً)
Maksudnya: dan bacalah al-Qur'an secara perlahan-lahan dan tersusun.
- Oleh itu, kita disuruh agar memperindah suara ketika membaca al-Qur’an, dan ini hanya dapat dilakukan oleh orang yang suka membacanya sehingga bacaannya dapat memberi kesan kepada dirinya dan orang yang mendengar. Rasulullah s.a.w. bersabda:
«زَيِّنُوا الْقُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ»
Maksudnya: Hiasilah al-Qur'an dengan suaramu[2].
«لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ»
Maksudnya: Bukanlah daripada kalangan kami, sesiapa yang tidak melagukan al-Qur'an[3].
- Apakah yang dimaksudkan dengan "melagukan al-Qur'an"?
- Imam asy-Syafi'e (wafat 204H) dan para ulama' berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan "melagukan al-Qur'an" adalah memperindah suara ketika membacanya serta membacanya dengan suara yang terang dan jelas.
- Apakah tujuan kita "melagukan al-Qur'an"?
- Dengan melagukan al-Qur'an kita dapat menambahkan keinginan untuk terus membaca dan mendengar al-Qur'an.
KESIMPULAN
Apa yang penting bacalah al-Qur'an secara betul (berguru secara mushafahah adalah cara terbaik) dan amalkan membaca al-Qur'an berterusan sambil menghayati maknanya (tartil). Melagukan al-Qur'an bukanlah suatu kemestian, namun kepentingannya tidak dapat dinafikan iaitu ia dapat menambah minat serta menarik diri sendiri serta orang lain untuk lebih menghayati al-Qur'an insya Allah..
________________
KESIMPULAN
Apa yang penting bacalah al-Qur'an secara betul (berguru secara mushafahah adalah cara terbaik) dan amalkan membaca al-Qur'an berterusan sambil menghayati maknanya (tartil). Melagukan al-Qur'an bukanlah suatu kemestian, namun kepentingannya tidak dapat dinafikan iaitu ia dapat menambah minat serta menarik diri sendiri serta orang lain untuk lebih menghayati al-Qur'an insya Allah..
________________
[2] Riwayat Sunan an-Nasa'I, Kitab al-Iftitah, Hadis no. 1005.
[3] Riwayat Sohih al-Bukhori; Kitab Tauhid; no.6973.
No comments:
Post a Comment