Sunday, September 4, 2011

Rasa bersalah..


“well some prefer planning & some not..but all have their efforts..nothing wrong about that.. ..with the ability comes the responsibility.. i should ignore these feelings.. forgive & forget.. it is very easy to forgive.. but how can i forget.. why should i care.. it hurts, although i dont care.. it still hurts..hurts me deep inside.. maybe tomorrow, maybe months later.. the wound should be ok.. but i cannot forget the pain.. but i know it is a process.. everybody faces this problem.. i am among them who must learn something, not repeating the same mistake.. enough is enough..” ~ (Laili)

Emel Laili untuk Erna

Laili dah hilang dah rasa sakit yang Laili rasa tu..sakit jiwa sebab bersalah tu..he2 terima kasih banyak2 ye Erna..tolong jadi pendengar yang setia..he2 Laili rasa nak emel Erna bila dah tak rasa sakit dah.. betul cakap Erna..peristiwa ni dah takdir, ketetapan Allah itu pasti yang terbaik, ada hikmah drp Allah..terima kasih..

He2 sebelum ni Laili fikir & Laili selalu cakap: Laili tak bersalah, Laili tak bersalah..tapi still rasa sakit hati, sakit jiwa, macam kena toreh setiap kali teringatkan Abdullah dan adiknya Nisa’.. Walaupun Laili dah minta maaf pada mereka, dan mereka kata tak mengapa, tapi masih rasa sakit hati..Laili sebelum ni cuba buat tak tau je..mainan perasaan kot..Laili cuba pendam & tak iktiraf & tak kisah rasa sakit & bersalah tu..tapi bila pendam mcm makin memburuk & bernanah pula..kadang2 sampai termimpi-mimpi..jumpa Nisa’ & family dia..pernah tu Laili mimpi macam dah jadi satu keluarga..bila bangun terus rasa sakit & sesak jiwa..sebelum ni Laili pendam-pendam..tapi semalam Laili fikir balik, kenapa Laili rasa sakit sangat ni? dan sepanjang hari ni Laili cuba fikir selami rasa sakit ni.. fikir punya fikir, Laili iktiraf rasa bersalah Laili ni akhirnya..ya Laili bersalah, Laili rasa bersalah sebab:
            Nisa’ tu roomate Laili, Laili kenal dia, dia kenal Laili, Laili rasa bersalah sebab kecewakan dia..Laili sakit sebab Laili rasa bersalah pada Nisa’..Nisa’ walaupun istilah kita mungkin lihat mcm 'tak islamik' sgt, tapi dia minat sangat dengan agama.. jadi, setiap kali teringatkan Nisa’, Laili tau Laili dah bersalah pada Nisa’, bersalah pada abangnya Abdullah, sebab Laili dah bagi harapan pada mereka dan pada masa yang sama Laili tukar calon, dan Laili dah ada calon Laili iaitu Karim..jadi ye, Laili bersalah.. Jangkaan Laili dah salah.. tapi sebelum ni sebab Laili cuba nafikan, buat tak tau saja, ia jadi sakit..huhu sekarang ye, Laili mengaku Laili bersalah pada Nisa’ dan Abdullah. Laili dah pernah minta maaf..benda dah terjadi kan.. pasti ada hikmahnya.. 

he2 alhamdulillah..sekarang Laili dah tau dah nak cakap apa pada diri sendiri untuk menghilangkan rasa sakit sebab kesalahan yang Laili dah buat pada Nisa’ dan abangnya Abdullah..
kalau Laili tolak terus dulu & mereka tak datang rumah, tiada pula peluang untuk kami sekeluarga berkenalan..sekurang-kurangnya dah tambah ukhuwwah walaupun tak jadi..& Laili cuba bayangkan kalau Laili terima untuk berkenalan dengan Abdullah sebagai bakal suami, Laili akan LEBIH BERSALAH pada Nisa’ dan Abdullah.. Maka, lebih baik Laili tolak kemudharatan yang lebih besar yang hanya akan lebih menyakitkan Laili, Abdullah, dan Nisa’..Alhamdulillah, Laili pasti Abdullah ada jodohnya yang lebih serasi dengan dirinya.. jadi Laili hanya boleh mendoakan dia semoga dia bertemu jodohnya.. 

sekarang dah tenang dah..alhamdulillah..he2 sebut Abdullah, Nisa’ pun dah tak rasa sakit dah.. hmm lega rasanya.. rupa-rupanya, Laili perlu iktiraf perasaan tu, dan cari hikmahnya.. itulah ubatnya untuk diri Laili..he2 org lain Laili tak taula berkesan tak cara ni.. tapi alhamdulillah ubat macam ni sesuai untuk Laili.. iktiraf kesalahan, iktiraf perasaan, cari hikmah untuk disyukuri.. ALHAMDULILLAH..

~ Rasa bersalah itu perlu dihadapi, mencari kemaafan dan cuba memaafkan diri sendiri..

No comments:

Post a Comment