Tiba-tiba kesedihan mencengkam perasaan
tersekat di kerongkongan
torehan demi torehan kesakitan
Ah, pedihnya! Menyukarkan pernafasan..
Air mata sukar lagi ditahan
mengalir laju setelah pecahnya empangan
simbol batin menjerit kepedihan..
Kesedihan
membuktikan
kita hanya seorang insan
yang tidak lari dari kelemahan
sentiasa melakukan kesilapan
begitu lemah menghadapi lawan
hanya Tuhan menjadi harapan
serta sandaran
segala urusan..
Syukur kepada Tuhan
iman membezakan
cara setiap insan
menghadapi kesedihan..
Bila menghayati erti sebenar kehidupan
kala mula menyedari perjalanan ini satu ujian
kala mengerti betapa banyak nikmat Tuhan
meneballah kesyukuran
dalam air mata yang berlinangan
lalu membuahkan kesabaran..
Kesedihan menyedarkan insan
betapa diri memerlukan pedoman Tuhan
Al-Qur'an menjadi panduan
Sunnah Nabi menjadi ikutan..
Kesedihan
Kini dihadapi dengan manisnya senyuman
terselit kebahagiaan dan ketenangan
di sebalik sebuah kesedihan
bila mendengarkan firman Tuhan
bila mengenangkan janji Tuhan
pada hari yang tiada lagi ketakutan
tiada lagi kesedihan
buat hamba-hambaNYA yang beriman..
Alhamdulillah, atas nikmat keImanan..
tersekat di kerongkongan
torehan demi torehan kesakitan
Ah, pedihnya! Menyukarkan pernafasan..
Air mata sukar lagi ditahan
mengalir laju setelah pecahnya empangan
simbol batin menjerit kepedihan..
Kesedihan
membuktikan
kita hanya seorang insan
yang tidak lari dari kelemahan
sentiasa melakukan kesilapan
begitu lemah menghadapi lawan
hanya Tuhan menjadi harapan
serta sandaran
segala urusan..
Syukur kepada Tuhan
iman membezakan
cara setiap insan
menghadapi kesedihan..
Bila menghayati erti sebenar kehidupan
kala mula menyedari perjalanan ini satu ujian
kala mengerti betapa banyak nikmat Tuhan
meneballah kesyukuran
dalam air mata yang berlinangan
lalu membuahkan kesabaran..
Kesedihan menyedarkan insan
betapa diri memerlukan pedoman Tuhan
Al-Qur'an menjadi panduan
Sunnah Nabi menjadi ikutan..
Kesedihan
Kini dihadapi dengan manisnya senyuman
terselit kebahagiaan dan ketenangan
di sebalik sebuah kesedihan
bila mendengarkan firman Tuhan
bila mengenangkan janji Tuhan
pada hari yang tiada lagi ketakutan
tiada lagi kesedihan
buat hamba-hambaNYA yang beriman..
Alhamdulillah, atas nikmat keImanan..
No comments:
Post a Comment