Saturday, September 17, 2011

Bila kesedihan melanda..

اللهم إني أمتك
Ya Allah..sesungguhnya aku ini adalah hamba (perempuan) MU
وبنت عبدك وبنت أمتك
dan anak perempuan kepada hamba (lelaki) Mu, dan anak perempuan kepada hamba (perempuan) MU
ناصيتي بيدك ماض في حكمك وعدل في قضاؤك
ubun-ubunku (kehidupanku) berada di tangan MU, telah berlalu padaku hukuman (penuh hikmah) MU, dan adilnya ketetapanMU buatku..
أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو أنزلته في كتابك أو علمته أحدا من خلقك أو استأثرت به في علم الغيب عندك
Aku memohon kepada-MU dengan setiap nama-MU, yang telah Engkau namakan dengannya diriMU, atau yang telah Engkau turunkannya di dalam kitab-MU, atau yang telah Engkau ajarkannya kepada sesiapa dari kalangan makhluk-MU, atau yang telah Engkau rahsiakannya dalam ilmu ghaib di sisi-MU
أن تجعل القرآن العظيم ربيع قلوبنا ونور أبصارنا وذهاب/جلاء أحزاننا وهمومنا وغمومنا
agar Engkau menjadikan al-Qur'an yang agung itu sebagai musim bunga di hati kami, dan cahaya di pandangan kami, dan sirnanya kesedihan dan kesengsaraan kami.. 

Ameen..

Dititipkan doa
Dibisikkan rasa
Ditepiskan lara dan duka
"Tersenyumlah!"
Yakini segala
adalah ujian penuh hikmah & rahmah
dari Yang Maha Esa
Kesedihan kadang melanda
dalam senyum bahagia
menikmatinya dalam aliran air mata 
tanda kita ini hamba
Ya, kita ini hamba pendosa
mengharapkan keampunan-NYA
usah ditanya 
kenapa permintaan kita tidak segera dimakbulkan-NYA
tapi bersyukurlah sentiasa
  kerana Dia tidak segera menghukum kita
atas segala dosa..
malah, dikurniakan kepada kita
nikmat yang tiada putusanya
cuma kita
kurang menghayatinya..
dan kesedihan itu
mengingatkan kita
betapa hidup ini hanya sementara cuma..

"Ibu.. kenapa ibu menangis?" Laila tersentak. Dikesat air matanya. Husna yang baru berusia tiga tahun itu dipeluknya penuh kasih.
"Menangis sebab terharu..bahagia dan gembira, Ibu ada anak yang bernama Husna!"
 Husna terkebil-kebil tidak mengerti.

"Anakku, akan ada ketikanya, kita ingin menangis sendiri untuk menenangkan diri.. Ada kalanya kesedihan itu menyedarkan kita kewujudan ruh yang mendiami badan kita, dunia ini hanya sementara, dan kita pasti akan kembali kepada-NYA".

No comments:

Post a Comment