Tuesday, January 24, 2012

Kikir Syurga

Menagisi kekikiran

"Eh, kenapa Tuan hamba menangis?" Seorang ahli masjid bertanya dia. Melihat dia yang dari tadi menangis di tepi tiang masjid, menyebabkan ahli masjid itu tertanya-tanya.

Dia berhenti seketika memandang ahli masjid itu dengan mata berkaca. Dia tersenyum manis. Mula mebuka bicara: "Sebentar tadi aku membaca ayat al-QUr'an berkenaan syurga yang begitu indah.. Lalu aku mula berangan-angan kalau aku merupakan ahli syurga.. Berada dalam istana.. Bermandi-manda di sungai yang mengalir di bawahnya. Memetik buah-buahan di sana.. Wah.. alngkah indahnya..".

Tiba-tiba matanya kembali mengalirkan air mata.. "Tapi kemudiannya aku teringat, ada seorang hamba Allah meminta sedikit wang, dan ketika itu aku menjadi kikir.. Terasa sayang untuk memberikan bantuan.. dan kini, ketika membaca ayat berkenaan syurga, tiba-tiba terasa ada suara yang membisikkan, "andai engkau ini kikir dan rasa teramat sayang untuk menghulurkan amanah dunia yang tak seberapa, bagaimana agaknya andai engkau mendapat syurga? pasti engkau akan menjadi lebih kikir, kikir, dan kikir..."

"Maka, kerana itu aku menangis.. aku terasa bagai tertipu dengan dunia, bagaimana aku boleh menjadi begitu kikir dan bakhil untuk berkongsi harta dunia yang fana, sedang aku sentiasa berdoa agar saudara seIslamku diberikan syurga.. Aku langsung tidak terasa sayang dan kikir untuk mendoakan agar saudaraku diberikan syurga, jadi bagaimana aku boleh terasa kikir dan sayang andai dia diberikan harta dunia? Adakah aku lebih menyayangi harta dunia berbanding syurga Tuhan? Adakah aku lebih menghargai harta dunia berbanding syurga Tuhan.. soalan-soalan seumpama ini terus mencucuk-cucuk hatiku.." dan dia kembali menangis..


-----------------------------
Apa yang diberi?

Apa yang kita makan, maka ia akan habis lalu keluar menjadi najis
Apa yang kita pakai, maka ia akan lusuh dan pudar setelah berkali-kali dibasuh
Namun,
Apa yang kita beri, maka itulah yang menjadi simpanan kita sebagai bekalan di akhirat nanti
-----------------------------

Kisah renungan

Pada suatu hari, Nabi s.a.w. meminta isteri baginda Aishah r.a. memberikan bahagian-bahagian daging kambing kepada fakir miskin, sehingga semuanya telah diberikan oleh Aishah kecuali sedikit daging di bahagian bahu kambing.

Nabi s.a.w. bertanya kepada Aishah r.a.: "Berapa banykkah daging kambing yang telah kita simpan hari ini wahai Aishah?"

Aishah menjawab sambil tersenyum ceria: "ALhamdulillah, kita ada simpan sedikit daging kambing bahagian bahu untuk dimakan hari ini"..

Nabi s.a.w. tersenyum, lalu berkata: "Ketahuilah wahai Aishah, sesungguhnya hari ini, kita telah menyimpan semua daging kambing tersebut (untuk bekalan akhirat) kecuali sedikit bahagian bahu kambing".

-----------------------------
Memberi untuk menyimpan 

Inilah konsep pemberian dalam Islam. Apa yang kita beri, demi mencapai redha Ilahi, maka itulah yang sebenarnya kita simpan untuk diri sendiri sebagai bekalan di akhirat nanti..

مَنْ عَمِلَ صَالِحاً فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاء فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ [فصلت : 46]
Sesiapa yang melakukan amal soleh, maka ia (kebaikan amalan itu) untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang melakukan kejahatan, maka ia (kejahatan amalan itu) akan kena ke tasa dirinya sendiri, dan tidaklah Tuhanmu menzalimi para hamba..

مَنْ عَمِلَ صَالِحاً فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاء فَعَلَيْهَا ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ [الجاثية : 15]
Sesiapa yang melakukan amal soleh, maka ia (kebaikan amalan itu) untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang melakukan kejahatan, maka ia (kejahatan amalan itu) akan kena ke tasa dirinya sendiri, kemudian kepada Tuhanmulah kamu semua akan kembali..

Mari terus bersama-sama, bermujahadah nafsu dalam diri..untuk terus memberi demi redha Ilahi..

Ya Allah, kami berlindung dengan-MU daripada sifat pengecut dan sifat kedekut..

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Namun, syurga itu jauh lebih indah..^_^

No comments:

Post a Comment