Thursday, January 19, 2012

Dua dimensi

"Wah, banyak untung perniagaan kita hari ni", Ali gembira mengira keuntungan yang diperolehi oleh mereka menjual air di pasar malam. Abu di sisnya turut tersenyum.

"Em, dah azan Asar ni.. jom pergi solat dulu.." Abu mengajak Ali ke masjid berhampiran.

Ali sedikit berkerut. "Em, kau pergi dulu. Aku soat lepas kau balik nanti, ok".

"Ok, no problem". Abu pergi meninggalkan Ali melayan pelanggan baru yang datang untuk membeli air minuman. Panas-panas begini, air batu sememangnya laku. Solat berjemaah yang berkali ganda untungnya, lebih jauh untungnya daripada keuntungan duniawi. Abu berbisik sendiri. Sudah berkali-kali dia mengingatkan Ali berkenaan pahala berjemaah di masjid, tapi sayang, Ali lebih suka solat bersendirian, katanya, asal solat sudahlah.. "Kira okey apa..bukan aku tak solat.. ni kau nasihat aku ni, macamlah aku ni tak solat pula!" Terngiang-ngiang kata-kata Ali kepadanya. Sayang.. Sayang sekali.. Keuntungan perniagaan sesama manusia lebih diutamakan berbanding keuntungan perniagaan yang dijanjikan Tuhan di akhirat nanti, itulah keuntungan menjual dunia dengan membeli akhirat...

------------------------------

Melihat setiap perkara daripada dimensi duniawi dan ukhrawi.
Keuntungan perniagaan, kalau keuntungan di dunia amat kita harapkan, apatah lagi keuntungan di akhirat sana..
Makanan lazat lagi berkhasiat, kalau kita amat menitik beratkan kelazatan dan khasiat makanan untuk tubuh, apatah lagi makanan rohani dan kesihatan hati dan jiwa kita..
Kebersihan, kalau kebersihan diri, pakaian, dan tempat tinggal amat dijaga, apatah lagi kebersihan jiwa kita..

Ya, kita istiqamah (berterusan) makan setiap hari, mandi setiap hari, dan lain-lain perkara yang dilakukan setiap hari untuk menjaga tubuh kita, maka apatah lagi ruh kita, lebih perlu kepada istiqamah, cahaya ilmu, air mata taubat, dan lain-lain keperluan ruh dan jiwa kita untuk disucikan secara berterusan sehingga kita mati kembali ke alam yang kekal abadi..


No comments:

Post a Comment