Friday, October 12, 2012

Suamiku yang dicintai



Buat abang yang dikasihi, suamiku yang tercinta lagi tersayang,

Mengenali abang
Adalah hal yang terindah dan teristimewa
Tanpa pernah secebis pun rasa kecewa
Kerana Tuhan pertemukan kita dalam takdir-Nya..

Masih diri ini ingat
saat abang bermujahadah bertemu wali
diri ini merenung abang tanpa abang sedari
lalu terbit rasa cinta dalam hati ini..
cinta yang menjadikan hati yang tenang jadi gelisah
cinta yang menjadikan jiwa yang sunyi jadi gundah
diakah itu?
menjadi satu persoalan misteri
dalam diri ini
tika itu
diri ini lalui rindu dan keasyikan hati
dengan doa berpanjangan
semoga dialah itu..

Pada saat abang nikahi diri ini di hari bahagia kita
jawapan itu hadir
ya, dialah itu
dialah itu
yang dicintai
sepenuh hati
setelah Allah
dan Rasul Ilahi
Abanglah suami
yang padanya
dicurahkan bakti
seikhlas hati
Suami yang bersamanya
menempuh onak dan duri
melayari bahtera
alam rumahtangga
alam baru
penuh liku
dalam usaha menuju
Redha Ilahi
menjadi suri
berjihad menempuh mati
melahirkan zuriat kebanggaan Nabi..

Mencintai abang
dengan segala kelemahan diri ini
hingga diri ini temukan pada diri abang
berjuta kebaikan
yang menimbus segala kekurangan..

Suamiku,
Benarlah pesan Rasul
Sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang berbuat baik kepada isteri dan keluarganya
Lalu abang yang diri ini cintai kerana agama
Mencintai dan menyayangi diri ini dengan penuh kebaikan
Memberikan semesta cinta dengan segala keikhlasan
abang santuni diri ini dengan kelembutan
abang layani diri ini dengan kesabaran
abang memberi diri ini segala keperluan
abang membantu diri ini tanpa rungutan
abang menemani diri ini pada setiap kesempatan
Sehingga diri ini, entah untuk keberapa kali
membisikkan cinta dan sayang dalam hati
namun malu untuk diluahkan
hanya tulisan
yang mampu menjadi pengganti
bagi menyampaikan bisikan hati ini..

Suamiku, sesungguhnya diri ini bersaksi
diri ini sangat bahagia di sisi abang
diri ini mencintai abang dengan sepenuh cinta, sepenuh jiwa
bawalah diri ini bersama abang
Menjalani dunia hingga beroleh syurga-Nya…



Terlalu mencintai dan menyayangimu..
maaf zahir batin
sayang sayang abang
terima kasih abang atas segalanya..

^_^


isterimu


Memberi

Untuk apa terus memberi
pada mereka yang tidak peduli
Bisikan itu berbunyi lagi
untuk apa memberi
andai mereka tidak membalas budi?!

Ah, bisikan syaitan itu menjanjikan kefakiran
Sedangkan Tuhan menjanjikan kemapunan
Biarlah mereka tidak peduli
Tapi Allah itu Maha Mnegetahui
Malaikat-Nya mencatat dengan teliti lagi peduli
akan amalan setiap insan..

Biarlah mereka tidak membalas budi
Memberi itu bukan untuk mereka membalasnya
Memberi itu adalah semoga
Tuhan Yang Maha Penyayang membalasnya
seluas kemapunan dan syurga-Nya..

Maka apa yang perlu dikesali
andai mereka tidak peduli
andai mereka tidak mengetahui
andai mereka tidak membalas budi..

Alhamdulillah atas nikmat keimanan ini!



Friday, September 21, 2012

Bersyukurlah wahai pesakit!

Ya Allah, aku ini hamba-Mu yang lemah.. menagih simpati dan rahmat-Mu.. bantulah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu..
-----------------------
Kesakitan itu mencucuk-cucuk. Aduh.. Keluhan itu entah sudah ke berapa kali. Dia melihat sekeliling taman. Kelihatan remaja sebayanya berlari penuh ceria. Dia pula hanya duduk bagai mayat hidup. Sakit jantung yang dihidapinya sejak kecil menjadikan dia seorang lelaki yang lemah fizikal. Namun dia bahagia. Alhamdulillah, atas segala-galanya. Di kala majoriti remaja sebayanya sedang leka bermain hingga meninggalkan kewajipan solat fardu, dia dikurniakan nikmatnya berzikir dan bersembahyang.

--------------------
Ya, kesakitan ini menjadi peringatan yang jelas tentang kematian. Betapa kematian itu pasti datang pada bila-bila masa. Ah, bersyukurlah wahai para pesakit! Bersyukurlah akan kesakitan itu yang menyedarkan dirimu betapa dekatnya kematian dan betapa benarnya hari kebangkitan!


Sunday, August 26, 2012

Hadiah

Terima kasih
Atas hadiah ini
Indah sekali
Hadiah ini
membahagiakan diri..

Terima kasih hadiah
kerana sudi menyusahkan diri
untuk mengembirakan diri ini

Terima kasih hadiah
kerana sudi menemani
dalam setiap ketika
senang dan susah
sentiasa bersama

Terima kasih hadiah
kerana begitu memahami
setia di sisi
memberi sokongan dan harapan
dalam setiap langkahan

Terima kasih hadiah
...

Hadiah yang kita terima saban hari. Kedua ibu bapa yang memahami itu adalah hadiah daripada siapa? Pasangan suami isteri yang setia mencintai itu hadiah daripada siapa? Para sahabat yang saling menasihati dan mendoakan itu hadiah daripada siapa? Para guru yang berkongsi ilmu dengan penuh kasih sayang itu hadiah daripada siapa? Kesihatan dan kesakitan yang silih berganti lalu memberi makna untuk lebih menghargai itu hadiah daripada siapa? Ya, segalanya adalah hadiah daripada Allah Tuhan Yang Maha Esa.

Alhamdulillah.. Betapa kita sering bersyukur dan berterima kasih kepada makhluk-Nya dan kepada hadiah yang diterima.. Bagaimana pula sikap kita dengan Pemberi hadiah? Yang maha Agong lagi maha Kaya?

Muhasabah bersama..

.....

Aku mudah alpa
terlupa yang segala
kebahagiaan yang kurasa
adalah hadiah daripada Yang Esa.

Ibu bapa
Suami
Guru
Harta
Ilmu
dan seluruhnya
setiap detik kehidupan dunia
hadiah daripada-Nya
sebagai ujian buat hamba
yang berdosa
agar bersyukur dan berterima kasih kepada Dia
Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani

Aku ini
sering berterima kasih kepada hadiah yang diberi
sering terharu dengan hadiah yang hadir di sisi
sering terlupa untuk berterima kasih kepada yang Maha Pemberi

Aku ini..
Apa nak jadi
Sedarlah diri
Berterima kasihlah kepada Dia

Kala aku sendiri
Tika tiada siapa di sisi
Takwa teruji
iman teruji
Sejauh mana
aku berterima kasih kepada Dia
sejauh mana aku percaya kepada Dia
sejauh mana aku mengutamakan DIa

Ya,
ingatlah
bila kita hanya sendiri
kala itu segalanya menjadi bukti
atas keikhlasan hati
.........

Tuesday, August 21, 2012

Who am I

Who am I?
I asked myself
I'm the slave of Allah
The One and Only

Why am I here?
To be His slave
So that i'm free from being
the slave of the creatures
To be His vicegerent
So that i'm always happy to give and serve others

And i will die
one day
for sure
but here i am
still alive
reading the Words of Allah
The Qur'an
Say: He is the Only One
Oh! here i find the miracle
Alhamdulillah
All praises to Allah..
All praises to Allah..

Think about death
Will i still alive after one second?
No guarantee
I seek forgiveness from You O Ya Allah
Forgive my sins
indeed You are The Mostforgiving The Most Merciful

My beloved husband and children
Please pray for me
I do not know who will die first
But let us prepare for our death
As the death is sure
...


Thursday, August 16, 2012

Ramadhan: Lailatul Qadar

Malam ganjil, tenang, tenteram.. Mungkinkah malam Ramadhan ini lailatul qadar..

Apapun yang penting teruskan berdoa & memohon ampun.. Memandangkan hari ini masih mendapat ABC (Allah Bagi Cuti), maka solat terawih tidak dapat ditunaikan.. Namun, masih terdapat pelbagai amalan lain yang boleh dilakukan oleh wanita yang didatangi haid..^_^  Ya! Alhamdulillah..Syukur..

Malam ni tak nak tidur lama. Nak tidur sekejap saja. Kemudian bangun malam. Minta ampun.. Menangis sepuas hati.. Itu rancangannya.. Semoga dibantu.. Ameen..

Mengingati mati.. Kematian itu pasti.. Mati.. Mati.. Perpindahan alam, episod perjalanan.. Ya Allah ampunilah kami.. T_T

Friday, August 3, 2012

Mas kahwin daripada suami?


"Okey, soalan cepu emas! Mahar atau mas kahwin ni hadiah daripada siapa untuk siapa?"
Semua pelajar tersenyum, lalu semua serentak menjawab:
"daripada SUAMI untuk ISTERI!" semua menjawab penuh yakin.

"Ya ke?" Ustaz cuba menimbulkan keraguan di hati.
"Ya la ustaz.. Suamilah yang kena bagi isteri mahar.." Salah seorang daripada kami menjawab.
"Ya ke?" Ustaz mengulang soalan yang sama.
"Ya ke?" Sekali lagi soalan yang sama diulang-ulang.

Kami terdiam. Wajah ustaz serius dan setegas soalan beliau. Hendak dikatakan sengaja buat serius namun semacam tidak. Kami terkedu dan kelu. Salahkah jawapan kami? Bukankah mahar ini merupakan pemberian suami untuk isteri? Lagipun, jelas tertulis dalam buku kami; 'mahar ialah pemberian yang wajib ke atas suami kepada isteri..' Betullah jawapan kami? Kenapa cara ustaz bertanya seolah-olah kami salah? Adakah ustaz sengaja hendak menguji kami? Tiba-tiba terasa geli hati melihat cara ustaz cuba meragukan kami terhadap perkara yang telah jelas tertulis dalam buku.

"Ya ke? Hadiah daripada suami ke? Ya ke?" Ustaz menyoal dengan serius.
"Ya la ustaz..habis tu hadiah daripada siapa lagi kalau bukan suami?" Salah seorang daripada pelajar cuba menjawab sekali lagi, penuh yakin.

Memandangkan tiada siapa yang memberi jawapan yang tepat, ustaz memberikan jawapan:
"Kamu semua tahu tak, mahar ni sebenarnya bukan hadiah daripada suami! Mahar ni ialah hadiah daripada ALLAH buat isteri yg diWAJIBkan ke atas suami! Kamu ingat, kalau tak diwajibkan, ada ke suami nak bagi mahar pada isteri? Ada ke?" Ustaz menjawab jelas dan terang, serius dan tegas.

Kami bagaikan baru disimbah air, bagai terkejut bangun daripada tidur, bagai tertampar pipi, bagai terpanah hati sendiri, bagai baru mendengar bom meletup. Kami sememangnya benar-benar terkejut. Ternganga mulut. Tidak dapat digambarkan betapa terkejutnya mendengar jawapan yang merupakan satu hakikat. Hakikat yang tak terfikir oleh kami para pelajar. Inilah hakikatnya. Ya, kami mula sedar, bahawa setiap kewajipan adalah satu hadiah daripada Allah s.w.t. buat hamba-Nya.
Mahar juga ialah satu kewajipan yang menjadi hadiah daripada Allah s.w.t. buat isteri yang diwajibkan ke atas suami. Mahar sebagai tanda penghormatan Islam terhadap seorang wanita. Maka suami diwajibkan untuk memberikan mas kahwin kepada isteri sebagai tanda memuliakan seorang wanita yang bergelar isteri. Siapalah wanita tanpa Islam. Tanpa Islam, wanita ditindas sebagai kaum yang lemah, diinjak harga diri dan maruah, tiada tempat, pangkat dan darjat. Namun, Islam datang penuh rahmat untuk seluruh alam. Subhanallah, indahnya Islam! Alhamdulillah, atas nikmat Islam!