Sunday, August 26, 2012

Hadiah

Terima kasih
Atas hadiah ini
Indah sekali
Hadiah ini
membahagiakan diri..

Terima kasih hadiah
kerana sudi menyusahkan diri
untuk mengembirakan diri ini

Terima kasih hadiah
kerana sudi menemani
dalam setiap ketika
senang dan susah
sentiasa bersama

Terima kasih hadiah
kerana begitu memahami
setia di sisi
memberi sokongan dan harapan
dalam setiap langkahan

Terima kasih hadiah
...

Hadiah yang kita terima saban hari. Kedua ibu bapa yang memahami itu adalah hadiah daripada siapa? Pasangan suami isteri yang setia mencintai itu hadiah daripada siapa? Para sahabat yang saling menasihati dan mendoakan itu hadiah daripada siapa? Para guru yang berkongsi ilmu dengan penuh kasih sayang itu hadiah daripada siapa? Kesihatan dan kesakitan yang silih berganti lalu memberi makna untuk lebih menghargai itu hadiah daripada siapa? Ya, segalanya adalah hadiah daripada Allah Tuhan Yang Maha Esa.

Alhamdulillah.. Betapa kita sering bersyukur dan berterima kasih kepada makhluk-Nya dan kepada hadiah yang diterima.. Bagaimana pula sikap kita dengan Pemberi hadiah? Yang maha Agong lagi maha Kaya?

Muhasabah bersama..

.....

Aku mudah alpa
terlupa yang segala
kebahagiaan yang kurasa
adalah hadiah daripada Yang Esa.

Ibu bapa
Suami
Guru
Harta
Ilmu
dan seluruhnya
setiap detik kehidupan dunia
hadiah daripada-Nya
sebagai ujian buat hamba
yang berdosa
agar bersyukur dan berterima kasih kepada Dia
Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani

Aku ini
sering berterima kasih kepada hadiah yang diberi
sering terharu dengan hadiah yang hadir di sisi
sering terlupa untuk berterima kasih kepada yang Maha Pemberi

Aku ini..
Apa nak jadi
Sedarlah diri
Berterima kasihlah kepada Dia

Kala aku sendiri
Tika tiada siapa di sisi
Takwa teruji
iman teruji
Sejauh mana
aku berterima kasih kepada Dia
sejauh mana aku percaya kepada Dia
sejauh mana aku mengutamakan DIa

Ya,
ingatlah
bila kita hanya sendiri
kala itu segalanya menjadi bukti
atas keikhlasan hati
.........

No comments:

Post a Comment