Surah ini mempunyai 5 ayat. Merupakan surah Makkiyah,
diturunkan sesudah surat Al Fiil. Nama Al-Falaq diambil dari perkataaan Al-Falaq
yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bermaksud waktu subuh.
Isi penting surah:
Perintah agar kita berlindung dengan Allah s.w.t. dari
segala macam kejahatan.
Sebab turun: Dalam
suatu riwayat dikemukakan bahwa Rasulullah saw. pernah sakit yang agak parah,
sehingga datanglah kepadanya dua malaikat, yang satu duduk di sebelah kepalanya
dan yang satu lagi duduk di sebelah kakinya. Berkatalah malaikat yang berada di
sebelah kakinya kepada malaikat yang berada di sebelah kepalanya: "Apa
yang engkau lihat?" Ia berkata: "Dia kena guna-guna." "Apa
guna-guna itu?" "Guna-guna itu sihir." "Siapa yang membuat
sihirnya?" Ia menjawab: "Labid bin al-A’syam Alyahudi yang sihirnya
berupa gulungan yang disimpan di sumur keluarga Si Fulan di bawah sebuah batu
besar. Datanglah ke sumur itu, timbalah airnya dan angkat batunya kemudian ambillah
gulungannya dan bakarlah." Pada pagi hari Rasulullah saw. Mengutus Ammar
bin Yasir dengan kawan-kawannya. Setibanya di sumur itu tampaklah airnya yang
merah seperti pacar. Air itu ditimbanya dan diangkat batunya serta dikeluarkan
gulungan itu ada tali yang terdiri atas sebelas simpul. Surah al-Falaq dan
an-Nas turun berkenaan dengan peristiwa itu. Setiap kali Rasulullah saw.
mengucapkan satu ayat terbukalah simpulnya.
(Penguat hadith ini turut terdapat dalam riwayat Sahih Bukhari).
[قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ]
1. Katakanlah: Aku berlindung dengan Tuhan Yang Menguasai
subuh.
- Hanya Allah Tuhan yang Maha Kuasa
untuk melindungi diri kita dan seluruh makhluk-Nya.
- Subuh itu hadir setelah malam yang
gelap-gelita. Begitu juga ujian hidup bersilih-ganti, dan semakin hebat kesukaran
menandakan semakin hampirnya kemudahan sebagaimana apabila semakin pekatnya
malam menandakan semakin hampirnya waktu Subuh.
[مِن شَرِّ مَا خَلَقَ]
2. dari kejahatan apa yang telah Dia ciptakan.
- Segala sesuatu bergantung
kepada-Nya kerana Dialah yang menciptakan segala sesuatu. Dialah al-Khaliq (الخالِق), dan selain daripada-Nya adalah
makhluk (المخلوق).
-Maka
sebagai makhluk dan ciptaan-Nya kepada siapakah kita memohon perlindungan?
Hanya Allah Tuhan yang Maha Pencipta, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Setelah
kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi diri, keluarga, masyarakat
dan negara contohnya, apa-apa pun yang ingin kita lindungi, kita meletakkan sepenuh
harapan kita kepada-Nya. Meyakni dan mempercayai kuasa-Nya. Apapun yang
berlaku, kita reda dengan takdir dan ketetapan-Nya.
[وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ]
3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita
- Ayat ini menggambarkan bahawa
malam yang gelap gulita itu merupakan masa orang-orang jahat dan segala
kejahatan bermula. Ini kerana kejahatan itu bersifat gelap dan tersembunyi.
- Oleh itu, selain berhati-hati di
waktu malam dengan langkah-langkah keselamatan, kita mestilah sering berdoa dan
membaca surah ini untuk meminta perlindungan kepada Allah s.w.t. daripada
segala kejahatan dan bahaya.
[وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي
الْعُقَدِ]
4. dan dari kejahatan wanita-wanita (sihir) yang menghembus
pada ikatan-ikatan.
- Ayat ini menggambarkan
kejahatan sihir yang mana kaum wanita melebihi kaum lelaki dalam bab ini. Ini
kerana wanita mempunyai fizikal yang lemah dan emosi yang tinggi. Maka,
selalunya ketidak puasan hati menyebabkan mereka menggunakan sihir. Berbeza
dengan lelaki yang menunjukkan ketidakpuiasan hati selalunya menggunakan
pergaduhan fizikal.
[وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ]
4. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.
- Dengki/hasad itu bermaksud
apabila seseorang membenci nikmat yang diberikan kepada orang lain dan selalu
berharap agar nikmat itu hilang.
- Orang yang dengki sanggup
melakukan apa sahaja agar orang yang didengkinya merana.
- Oleh itu, Allah s.w.t.
mengajar kita agar meminta pertolongan dan perlindungan kepada-Nya kerana hanya
Dia yang Maha Berkuasa untuk melindungi makhluk-Nya daripada segala bahaya.
Antara Sunnah Rasulullah SAW
berkaitan surah al-Falaq:
1. Membaca surah al-Falaq 3
kali sebelum tidur (bersama surah al-Ikhlas dan an-Nas)
2. Membaca surah al-Falaq 3
kali di waktu pagi dan petang (bersama surah al-Ikhlas dan an-Nas)
3. Membaca surah al-Ikhlas,
al-Falaq dan an-Nas dalam rakaat terakhir witir.
Usah berdengki kerana dunia ~
No comments:
Post a Comment